saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 20/06/2012

Belia digalak sertai bidang pertanian

Noh Omar melihat produk yang dihasilkan sewaktu melawat ke sekitar kilang pemprosesan makanan dalam tin selepas beliau merasmikan kilang tersebut di Kampung Sungai Yu, Tanjung Karang, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

TANJONG KARANG 19 Jun - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus mempergiatkan usaha mengurangkan penghijrahan belia dari luar bandar ke kawasan bandar dengan melibatkan golongan tersebut dalam sektor pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk mempromosikan bidang pertanian sebagai salah satu cabang kerjaya.

"Kementerian akan mengetengahkan beberapa usahawan berjaya dalam bidang pertanian supaya mereka dapat menjadi contoh ikutan kepada generasi muda yang berminat menceburi bidang itu.

"Pelbagai kemudahan juga disediakan antaranya memastikan hasil pertanian mereka dapat dijual sekali gus memberikan keuntungan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang memproses makanan di Kampung Sungai Yu, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Tanjong Karang, Muhamad Ghazali Muhamad Taib.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.