saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 23/06/2014

Klinik Usahawan Tani

Seorang mentor (kanan) sedang memberi penerangan berkenaan tanaman sayur-sayuran yang menggunakan kaedah hidroponik kepada peserta.

Kerajaan menerusi pelbagai agensinya sedang giat meningkat dan memajukan sektor pertanian terutamanya bagi menarik semula minat golongan belia dalam menceburi sektor tersebut.

Oleh itu, inisiatif Kelab Usahawan Tani Malaysia (Kuat) yang menganjurkan Klinik Usahawan Tani Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai senada dan seirama dengan hasrat kerajaan untuk menjana transformasi pertanian menerusi pengetahuan.

Menurut Setiausaha Kehormatnya, Zahari Abu Yazid, Kuat merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 2002 bernaung Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), ementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Sebagai sebuah NGO yang berasaskan pertanian, peranan utama Kuat adalah menyatu dan memperkasakan tenaga usahawan tani ke arah merevolusikan sektor pertanian.

“Selain itu kita turut membantu usaha transformasi bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berdaya saing, tahan dan berjaya," katanya pada majlis pelancaran klinik tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha Kuat mengadakan program Klinik Usahawan Tani Malaysia bertemakan Landasan Menuju Kejayaan di ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu merupakan sebahagian daripada matlamat penubuhan kelab berkenaan.

Program yang dimulakan sejak tahun 2005 itu diminati oleh ramai bakal usahawan tani serta usahawan tani baharu yang memerlukan bimbingan daripada usahawan tani berjaya serta berpengalaman sebagai mentor.

Jelas Zahari, untuk berjaya, seseorang usahawan tani bukan sahaja perlu menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan memilik jaringan yang baik, malah khidmat sokongan juga amat penting.

“Oleh itu, program Klinik Usahawan Tani Malaysia ini diwujudkan bagi menemukan usahawan tani baharu dengan usahawan tani yang telah berjaya. Ini penting bagi mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan,’’ katanya.

Bendahari Kehormat dan pengarah program klinik berkenaan, Aminuddin Mohamad pula bersetuju bahawa klinik tersebut akan bergerak seiring dengan program kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa akan datang.

“Sebagai contoh, kita akan anjurkan bersama agensi kementerian menerusi program sedia ada,’’ katanya sambil memberitahu seramai 150 orang peserta dan 40 orang mentor terbabit dalam klinik tersebut.

Kuat juga kata Aminuddin, merancang untuk mengembangkan program tersebut ke peringkat negeri dan daerah.

Dalam pada itu, Pengarah Unit Agropreneur Muda dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kementerian terbabit, Mohd. Arif Adenan berkata, program klinik tersebut amat relevan kepada golongan belia yang baharu berjinak-jinak dalam bidang pertanian.

Tegasnya, tanpa sebarang usaha untuk membantu dan sokongan daripada mentor yang telah berjaya, golongan muda menghadapi pelbagai cabaran dalam pertanian dan ini dikhuatiri menjejaskan minat dan keyakinan mereka.

Jelasnya lagi, sektor makanan pada hari ini amat penting bagi sesebuah negara terutamanya untuk menjadi negara maju.

“Sesebuah negara itu tidak dikira kuat dengan hanya memiliki senjata yang banyak dan kaya dengan emas namun kerana kestabilan sumber makanannya (keselamatan makanan).

“Tambahan pula, jika berlaku perubahan cuaca seperti apa yang bakal kita hadapi iaitu fenomena El-Nino iaitu keadaan cuaca yang panas, ini akan mengurangkan produktiviti pertanian," katanya.

Keadaan tersebut akan menyebabkan pengeluaran makanan berkurangan sedangkan permintaan tetap sama.

Apabila masalah tersebut berlaku, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengimport makanan bagi menampung bekalan.

Kesempatan tersebut akan digunakan oleh negara-negara pengimport untuk menaikan harga sewenang-wenangnya dan Malaysia tiada pilihan selain terpaksa mengikutinya.

Justeru katanya, adalah amat penting untuk negara menghasilkan sendiri makanan dan menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian.

“Oleh itu, langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kuat ini (program Klinik Usahawan Tani) amat wajar dan disokong bagi mewujudkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing," katanya.

Malah, jelas Mohd. Arif, kementerian turut mempelawa program klinik anjuran KUAT tersebut bersama-sama menyertai program anjuran kementerian seperti Road To MAHA dan Roadshow Agropreneur Muda.

Dalam pada itu, usahawan Farmina Bio-Plus Industries & Consultans Sdn. Bhd., Farminah Hasan turut mengakui program klinik tersebut banyak membuka peluang mereka mempromosikan syarikat selain membantu golongan usahawan muda yang sedang meningkat.

“Apabila kita ramai, dapat saling bantu membantu kerana setiap orang itu memiliki keistimewaan yang tersendiri," katanya.

Jelas Farminah lagi, untuk berjaya di dalam apa jua perniagaan, usaha menimba ilmu sebanyak mungkin adalah amat penting dan perkara tersebut memerlukan jaringan kerjasama yang luas.

Pandangan beliau turut dikongsi bersama Konsultan Pembangunan Perniagaan, Melawati Kebab Sdn. Bhd., Nordin Mohamad, yang membawakan konsep francais bagi membantu usahawan yang berminat untuk berniaga.

Katanya, kerajaan banyak membantu dengan menyediakan dana khas kepada golongan muda (18 hingga 40 tahun) untuk memulakan perniagaan, cuma mereka perlu membuat pilihan yang betul dan sesuai dengan minat.

“Klinik anjuran KUAT seperti ini banyak membantu dengan membuka ruang kepada golongan usahawan muda untuk bertemu dengan usahawan yang telah berjaya untuk mendapatkan pandangan, bantuan dan juga bimbingan.

“Mereka ini (mentor) telah lama berkecimpung dalam perniagaan, justeru segala pahit maung telah dirasai dan pastinya setiap daripada mereka memiliki formula khas bagi menangani sebarang cabaran yang dihadapi," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Ladang, Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC), Mohd. Hairulhisam Ramli, usahawan masa kini perlu lebih kreatif dalam mengusahakan sesuatu perniagaan.

Malah, katanya mereka juga perlu lebih fleksibel dalam apa jua bidang dan keadaan.

“MAFC sebagai contohnya menawarkan konsep perniagaan yang bermula daripada mula hingga akhir di mana kita mengawal setiap pergerakan rantaian perniagaan bermula dari ladang sehingga produk itu sampai kepada pengguna.

“Khidmat nasihat yang kita berikan adalah percuma dan KUAT menyediakan landasan yang betul menerusi klinik ini bagi mereka (usahawan muda) untuk menimba ilmu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.