saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 09/08/2014

Pesara Mardi jadi usahawan ternakan

Dr. Mohmad (dua dari kanan) bersama pekerja menunjukkan cara membuat silaj daripada batang jagung dan rumput.

Melangkah masuk ke Ladang Triple I di Kampung Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan kelihatan ladang jagung, kotak sarang kelulut, kandang biri-biri Dorper, reban ayam kampung dan kolam ikan tilapia.

Semuanya dimajukan menggunakan teknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membangunkan tapak projek berasaskan teknologi ternakan dan tanaman.

Selain itu terdapat teknologi sampingan seperti pemprosesan silaj daripada batang jagung dan rumput pilihan dan baja bio-organik bersasaskan mikroorganisma efektif 'GENKiMO'.

Ladang diusahakan oleh tiga anak muda, Mohd Inam-ul Hasan lulusan Diploma Lanjutan dalam Mekatronik; Mohamad Imranul Husian lulusan Ijazah Undang-Undang dan Mohamad Ikramul Iman yang masih menuntut di Institut Pertanian RISDA.

Walaupun berkelulusan bukan dalam bidang pertanian tetapi darah yang mengalir daripada bapanya, Dr. Mohmad Mustafa, pesara MARDI telah menimbulkan minat dalam dunia pertanian.

"Segalanya bermula dengan cepat selepas saya bersara tiga bulan lalu, saya mula aktif menjadi penasihat Triple I menggunakan segala pengalaman yang ada," katanya semasa ditemui di ladangnya.

Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perubatan Veterinar dari Universiti Edinburgh, United Kingdom (UK), Dr. Mohmad telah berkhidmat dengan MARDI selama 34 tahun.

Berpengalaman dalam bidang ternakan ruminan terutama kambing dan biri-biri, membawa Dr. Mohmad ke Afrika selama lapan tahun sebagai Atase Pertanian di bawah program Bantuan Kerjasama Teknikal (MTCP), Malaysia-Mali dan Malaysia -Malawi.

"Saya ditugaskan membantu petani di sana bagi program basmi kemiskinan dan memastikan program keselamatan makanan berjalan lancar dan ekonomik bagi memajukan kehidupan penduduk tempatan," katanya.

Di sana, Dr. Mohmad menjalankan penyelidikan dan mengambil peluang membawa bahan genetik berfaedah bagi meningkatkan industri perternakan negara. Pada tahun 1999 beliau memperkenalkan kambing Boer dan pada 2006 memperkenalkan biri-biri Dorper yang mana MARDI telah mengimport baka tersebut.

"Melalui R&D berterusan ketika itu, pihak MARDI telah memperkenalkan Boer dan Dorper kepada penternak. Kini terdapat 30,000 ekor baka Boer dan 20,000 ekor baka Dorper di seluruh negara," katanya.

Ditanya mengapa beliau memilih baka Dorper, Dr. Mohmad berkata Dorper lebih senang dan ekonomik untuk dipelihara berbanding baka-baka lain.

"Sifat semula jadi biri-biri yang meragut, membuktikan Dorper mudah dipelihara, tahan penyakit, kadar pertumbuhan dan pembiakan tinggi serta cepat mencapai berat matang.

"Dorper mencapai berat sembelihan 30 hingga 35 kilogram (kg) pada umur enam hingga lapan bulan. Pada umur setahun Dorper mencapai berat badan 40 hingga 50 kg yang sesuai untuk akikah dan korban," katanya.

Menurutnya, Dorper sangat sesuai untuk akikah dan korban kerana peratusan karkas (daging) tinggi, lembut dan berjus.

Dr. Mohmad menyangkal dakwaan biri-biri dikaitkan dengan lemak dan kolestrol.

"Ini berkaitan dengan biri-biri import baka Merino yang diternak untuk bulu. Apabila biri-biri tidak dapat menghasilkan bulu kerana faktor usia, ia akan disembelih untuk daging dan dieksport.

"Biasanya Merino disembelih setahun sebelum dieksport dengan harga murah.

"Di sini kami memastikan Dorper yang disembelih tidak melebihi usia setahun, tiada lemak, kolestrol serta tidak hamis," katanya.

Dr. Mohmad berkata, syarikat Triple I Ranch Sdn. Bhd. milik anak-anaknya telah didaftarkan di bawah program Agropreneur Muda bimbingan MARDI.

Syarikat mendapat khidmat nasihat daripada pakar MARDI dalam program pemindahan dan promosi teknologi MARDI di samping pinjaman bantuan peralatan pertanian.

"Kami telah membangunkan tapak projek untuk melatih usahawan ternakan khususnya golongan muda bagi latihan hands-on dalam penternakan Dorper.

"Dengan kemudahan yang telah disiapkan, usahawan akan dilatih dengan modul pakej teknologi sama seperti di MARDI. Usahawan akan dilatih daripada awal pembangunan infra meliputi kawasan pastura, pembinaan kandang sehingga pengurusan dan pemasaran ternakan.

"Pakej teknologi yang ditawarkan melibatkan penyediaan ternakan (baka jantan dan induk betina) dan khidmat nasihat berterusan bagi usahawan baru yang berminat dalam penternakan Dorper," katanya lagi.

Dr. Mohmad berkata, syarikat juga menjual baka Dorper sama ada untuk ternakan, sembelihan atau peliharaan selain silaj jagung dan rumput untuk makanan ternakan, serta baja bio-organik GENKiMO.

"Saya berharap ramai pesara khususnya dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tampil menceburkan diri dalam pertanian bagi meningkatkan industri pertanian negara sekali gus menyahut hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar import makanan negara.

"Saya yakin pertanian adalah perniagaan yang berdaya maju jika ia dijalankan berasaskan teknologi yang produktif dan inovatif," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.