saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 11/08/2014

Memahami ESCAS

Penternakan bebiri mempunyai potensi menggantikan kambing.

Ekoran beberapa kes penganiayaan kepada ternakan seperti yang diuar-uarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Australia yang sangat berpengaruh iaitu RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) dan Animals Australia (The Voice For Animals), satu kempen dinamakan Ban Live Export telah dilancarkan secara besar-besaran bagi menghalang eksport ternakan hidup dari Australia.

Video menggambarkan penganiayaan ternakan seperti yang berlaku di Indonesia pada Mei 2011, telah mencetuskan satu desakan yang telah memaksa kerajaan Australia mengenakan penggantungan sementara eksport ruminan ke negara tersebut pada Jun 2011.

Australia mengekspot sebanyak 694,429 ekor lembu hidup pada tahun 2011 iaitu jatuh 21 peratus berbanding 2010.

Indonesia merupakan pengimport lembu hidup terutama untuk tujuan sembelihan atau fidlot terbesar Australia dengan jumlah 413,359 ekor pada 2011.

Jumlah tersebut jatuh secara nyata berbanding tahun 2010 disebabkan penggantungan sementara eksport selama tiga bulan pada tahun 2011.

Selain Indonesia, banyak bukti-bukti lain penganiayaan terhadap haiwan ternak diperoleh dan perkara tersebut amat dipandang serius oleh Australia untuk melakukan sesuatu dan pada masa yang sama tidak menjejaskan industri yang memberi pekerjaan kepada lebih kurang 10,000 orang warganya.

Pada 2010, Australia juga telah mengeksport sebanyak 77,414 ekor kambing (kebanyakannya Feral) dan daripada jumlah tersebut 83 peratus atau lebih 60,000 ekor dieksport ke Malaysia.

Ini menjadikan Malaysia pengimport terbesar kambing Australia, diikuti oleh Singapura dan Brunei.

Berdasarkan fakta tersebut, kerajaan Australia tidak menafikan sumbangan sektor tersebut terhadap ekonominya serta peluang pekerjaan yang dinikmati oleh warganya, tetapi pada waktu yang sama perlu menangani isu penganiayaan terhadap ternakan.

Ekoran permasalahan tersebut, pada 13 Julai 2011, Menteri Persekutuan bagi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia Joe Ludwig telah mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Kerajaan Industri (IGWG) bagi membincang, merancang dan membentuk Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport atau ESCAS.

Empat prinsip asas sistem tersebut bertujuan penggubalan semula dasar eksport ternakan hidup, adalah :

-Menepati Piawaian OIE (World Organisation for Animal Health) bagi Kebajikan Haiwan

-Membolehkan ternakan secara berkesan dipantau, dijamin dan dipertanggungjawabkan kepada pengekspot melalui Sistem Rangkaian Pembekalannya (ESCAS) dari mula penerimaan ternakan sehingga ke proses sembelihan.

-Rekod dan penyediaan laporan sebagai rujukan

-Disahkan dan diaudit oleh badan bebas yang dilantik ESCAS.

Kerajaan Australia telah memaklumkan melalui kedutaan Malaysia di Australia dan kedutaan Australia di Malaysia tentang perlaksanaan sistem ESCAS, dan perbincangan antara pihak JPV Malaysia dan MLA (Meat Livestock Australia) telah bermula sejak awal 2012 lagi.

ESCAS merupakan satu sistem yang dirangka khusus bagi menjamin setiap ternakan hidup yang dieksport dari Australia dikendalikan mengikut piawaian Australian Standards for the Export of Livestock (ASEL) dan OIE (World Organisation for Animal Health).

Ia bagi menjamin kebajikan ternakan sentiasa diberi keutamaan, mengelak sebarang bentuk kekejaman, menghormati serta memastikan keselesaan ternakan dari titik penerimaan sehingga ke proses sembelihan.

Pihak pengeksport dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi memastikan seluruh jaringan pembekalannya daripada pengimport dan pemborong yang disahkan atau berdaftar mengikuti keseluruhan prosedur seperti yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan keseluruhan prosedur akan dipantau secara rapi oleh MLA dan juruaudit yang dilantik.

NGO yang berkaitan juga sudah pastinya akan sentiasa meneropong dari segenap sudut bagi mencari apa juga kesalahan yang mungkin dilakukan (tidak mengikut tatacara pengendalian seperti dinyatakan) walau pun kecil.

Bagi memastikan ESCAS mencapai matlamatnya, MLA atas daya inisiatifnya telah mula melancarkan program intensif memberi taklimat, bengkel, latihan serta lawatan ke fasiliti pihak pengimport dan jaringan pembekalan yang disyorkan oleh mereka untuk tunjuk ajar, nasihat, demonstrasi semua prosedur pengendalian dan sembelihan mengikut piawaian yang ditetapkan.

ESCAS telah dikuatkuasakan bermula 1 September 2012 dan bermula tarikh tersebut, ternakan yang diimport oleh pengimport berdaftar yang diluluskan dalam sistem ESCAS cuma boleh dijual kepada pemborong berdaftar yang diluluskan dalam jaringan pembekalannya.

Penjualan kepada pemborong yang tidak berdaftar akan menyebabkan pengeksport atau syarikat Australia tidak boleh lagi menjual kepada pengimport berkenaan.

Untuk menjadi pemborong berdaftar di bawah sistem ESCAS, peniaga atau pemborong perlu memohon kepada pengimport berkenaan.

Mereka perlu mempunyai fasiliti yang lengkap seperti dinyatakan dalam syarat ESCAS.

Fasiliti tersebut perlu diaudit untuk kelulusan dan pihak pemborong perlu melalui proses latihan yang dikendalikan oleh pihak MLA.

Pemborong yang telah menepati semua syarat ESCAS akan diberi kelulusan sebagai pemborong berdaftar di bawah pengimport tertentu.

Pengendalian ternakan daripada masa ternakan sampai di pelabuhan atau lapangan terbang perlu menepati piawaian ASEL dan OIE yang meliputi, kemudahan di pelabuhan dan lapangan terbang, makanan dan minuman ternakan, prosedur sekiranya menempuh perjalanan yang lewat (jadual tertangguh) dan jumlah pembeli atau wakil pembeli pekerja di pelabuhan lapangan terbang.

Piawaian juga perlu bagi persediaan lori pengangkut, pemindahan ternakan dari crate ke lori dan dari lori ke fasiliti pemborong berdaftar, jumlah ternakan yang sesuai bagi setiap lori dan berdasarkan saiz ternakan, pengendalian ternakan sakit, lemah dan tercedera, teknik menghalau ternakan dan lain-lain.

Semua ternakan yang dibeli oleh pengguna dari pengimport atau pemborong berdaftar perlu menyembelih ternakan tersebut di fasiliti sembelihan rumah sembelih yang telah diluluskan kepada pengimport atau pemborong berdaftar tersebut.

Pengimpot atau pemborong berdaftar tidak boleh sama sekali menjual ternakan hidup untuk disembelih ditempat lain kepada pembeli.

Penyembelihan untuk tujuan akikah, korban, kenduri, upacara agama (seperti Hindu) di fasiliti sembelihan atqau rumah sembelih yang belum atau tidak diluluskan tidak dibolehkan sama sekali.

Ini termasuk di surau, masjid, kuil, kawasan rumah dan mana juga tempat pada setiap masa dan keadaan seperti Hari Raya Korban, Deepavali dan lain-lain perayaan.

Teknik pengendalian ternakan sebelum sembelihan dan proses sembelihan meliputi jenis pisau, ketajaman pisau, teknik pengendalian ternakan yang akan disembelih dan teknik sembelihan - memahami anatomi ternakan, tempoh mati perlu mematuhi semua piawaian seperti ditetapkan.

Pada masa sama, pengimport dan pemborong berdaftar akan diaudit dari semasa kesemasa oleh juruaudit yang dilantik oleh MLA bagi memastikan perlaksanaan sistem ESCAS dipatuhi sepenuhnya. Laporan akan dihantar serta dinilai oleh MLA untuk sebarang keputusan dibuat.

Dr. P. Azhar Zakaria merupakan Pengarah Urusan Major Transglobal Sdn. Bhd.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.