saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 18/08/2014

Elaun sara hidup nelayan

Nelayan adalah nyawa rakyat." Begitu kata-kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim ketika membuat tinjauan masalah nelayan dan menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Pengerang Johor baru-baru ini.

Elaun sara hidup nelayan

Tida k semua nelayan mampu memperoleh tangkapan ikan yang banyak. - Gambar hiasan

Beliau menyatakan demikian sebagai menghargai sumbangan nelayan yang bukan sahaja membekalkan protein kepada rakyat tetapi juga sebagai nadi kepada kehidupan mereka.

Irmohizam bukan sahaja mengakui pentingnya sumbangan tersebut, malah b eliau urut mencadangkan pemberian elaun sara diri untuk nelayan darat turut dimasukkan ke dalam Bajet 2015 bagi mengurangkan beban golongan tersebut.

Malah katanya, elaun sara diri itu mungkin boleh dinaikkan sekiranya hasil kajian mengenai sejauh mana keberkesanan bantuan tersebut benar-benar membantu. Kajian mengenainya sedang dijalankan.

Menerusi elaun tersebut, mereka yang layak bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi setiap nelayan yang berdaftar.

Elaun sara hidup merupakan sebahagian daripada inisiatif yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan di negara ini.

Selain insentif pendaratan ikan iaitu sebanyak 10 sen sekilogram dan subsidi diesel, banyak bantuan pernah diberikan sebelum ini untuk meningkatkan taraf sosioekonomi golongan tersebut termasuk bantuan menerusi Dana Nelayan.

Bagi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, elaun tersebut disalurkan oleh kerajaan adalah untuk meringan beban yang ditanggung oleh nelayan bagi mendepani kenaikan kos sara diri masa kini.

“Isu elaun sara diri ini telah lama diperkatakan dan kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan nelayan.

“Terbaharu, golongan nelayan darat (air tawar) juga menuntut kelebihan yang sama (elaun) dan perkara itu telah dibawa ke peringkat kabinet," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, elaun tersebut sebenarnya tidak dapat mengubah nasib nelayan secara keseluruhannya dan mahu nelayan tidak terus mengharapkan bantuan semata-mata.

“Nelayan harus sedar bantuan ini tidak seberapa dan sebenarnya ia tidak dapat mengubah nasib melain mereka sendiri berusaha ke arahnya.

“Mereka harus menerokai peluang-peluang baharu, ubah cara berfikir dan menerima nilai-nilai masyarakat maju," katanya.

Tidak mempertikaikan pemberian elaun tersebut namun beliau mengharapkan golongan nelayan dapat keluar daripada kepompong pemikiran biasa yang terus menerus mengharapkan bantuan.

Sebaliknya golongan nelayan katanya perlu memikirkan jalan keluar yang lebih baik seperti menceburi bidang keusahawanan.

“Jangan terus menerus selesa dengan bantuan yang diberikan sebaliknya perlu berusaha meningkatkan taraf hidup.

“Perkara pertama adalah mengubah sikap, lebih berdisiplin, memiliki rasa tanggungjawab untuk mengubah nasib, memiliki perancangan masa hadapan dan cita-cita yang tinggi untuk berubah," katanya.

Tambahnya, jika terus mengharapkan bantuan semata-mata, golongan nelayan akan terus tertinggal jauh kebelakang oleh masyarakat lain.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Mohamad Dolmat juga sependapat dengan Tajudin bahawa elaun sarah hidup nelayan hanya meringankan beban golongan tersebut dan bukan sebagai pengganti pendapatan mereka ke laut.

“Elaun sara hidup ini sebagai tambahan kepada pendapatan bagi membebaskan mereka dariapda belenggu kemiskinan,’’ katanya.

Pihaknya pernah mencadangkan supaya elaun tersebut ditambah kepada RM300 atau RM500 sebulan tetapi setakat ini belum ada kata putus daripada kerajaan.

Nekmat kata beliau, berharap supaya nelayan memanfaatkan elaun tersebut sebaik-baiknya.

Sementara itu bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang penangkapan ikan, Persatuan Belia Nelayan Malaysia telah ditubuhkan dan kini diketuai oleh Hairul Aidi Amri sebagai presiden.

Menurut Irmohizam, persatuan diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai golongan, muda terutamanya anak-anak nelayan mencuri bidang yang sama.

“Sekarang keahliannya sangat menggalakkan dengan jumlah terkini seramai 2,000 orang ahli,’’ katanya.

Bagi Timbalan Ketua Pengarah LKIM Abdul Rahman Ellis, setakat ini kira-kira 55,000 nelayan menerima elaun tersebut secara bulanan sejak diperkenalkan kurang 10 tahun lalu.

“Dalam bulan tertentu pada satu bulan, kita potong RM100 bulan sebagai premium insurans selama setahun," ujarnya,

Oleh itu, semua nelayan berdaftar termasuk awak-awak dilindungi insurans iaitu apabila mereka ditimpa kemalangan dan kecederaan di laut, ada perlindungan untuk mereka.

Perlindungan insurans tersebut adalah bagi tempoh 24 jam di merata dunia.

“Nelayan amat menyokong elaun ini dan ketika majlis pemberian dilakukan, kita jemput pemimpin masyarakat bagi tujuan merapatkan silaturahim," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru nelayan supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) masing-masing dan memiliki lesen bot untuk melayakkan mereka menerima elaun berkenaan.

Beliau berkata, nelayan dan PNK bertuah kerana menerima pelbagai bantuan termasuk insentif pendaratan ikan sebanyak 10 sen sekilogram, diesel bersubsidi dan Dana Nelayan.

Dana Nelayan nelayan sebagai contoh, memberi peluang kepada nelayan berdaftar dengan PNK memohon bantuan untuk membaiki bot dan peralatan yang rosak manakala PNK boleh memanfaatkannya untuk projek ekonomi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.