saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 18/08/2014

Pulihara hutan palma

Mereka yang berminat dan terlibat secara khusus dalam program pemuliharaan hutan seharusnya tidak melepaskan peluang menambah ilmu dengan menghadiri ceramah saintis tersohor Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) hari ini. Saintis terbabit, Dr. Saw Leng Guan merupakan Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).

Beliau akan menceritakan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pemuliharaan tumbuhan terancam di Malaysia serta berkongsi pengetahuannya mengenai kepelbagaian famili palma.

Unit Komunikasi Korporat FRIM dalam satu kenyataan memberitahu, selepas ceramah tersebut, beliau juga akan mengetuai lawatan berpandu ke Denai Razak di Taman Botani Kepong bagi memperkenalkan spesies-spesies palma yang ditanam di situ.

“Ceramah ini adalah yang pertama dalam satu siri syarahan umum oleh saintis FRIM yang akan diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan usaha pemuliharaan hutan melalui perkongsian ilmu pengetahuan, pengalaman serta penemuan saintifik,’’ demikian menurut kenyataan itu.

Ini juga merupakan Ceramah Felo ASM yang pertama disampaikan oleh Leng Guan.

Dilahirkan di Taiping, Perak, Leng Guan merupakan seorang ahli botani yang mempunyai pengalaman 32 tahun dalam bidang taksanomi, ekologi tumbuhan dan pemuliharaan flora di Malaysia.

Beliau adalah pakar dalam penyelidikan palma yang telah menjalankan kajian ekologi dan taksonomi pelbagai spesies palma di Malaysia.

Beliau telah menerbitkan 130 kertas kerja dalam jurnal, artikel dan bab-bab dalam buku; serta menamakan 53 spesies dan empat jenis tumbuhan baharu.

Sebagai penghormatan kepada beliau, empat spesies tumbuhan telah dinamakan sempena nama beliau, iaitu Begonia lengguanii, Schizostachyum lengguanii, Thrixspermum lengguanianum dan Orchidantha lengguanii.

Leng Guan juga telah banyak menyumbang kepada usaha dokumentasi dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan Malaysia.

Beliau terlibat secara aktif dalam tiga projek flora moden yang dilaksanakan di FRIM iaitu projek Tree Flora of Malaya, Tree Flora of Sabah and Sarawak dan Flora of Peninsular Malaysia.

Beliau berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa kebangsaan dan antarabangsa bagi Convention on Biological Diversity (CBD) dan Intergovernmental Science Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES) serta panel penasihat Sistem Pengurusan Penyelidikan Botani dan Herbarium (BRAHMS).

Leng Guan juga merupakan ahli lembaga International Flora Malesiana Foundation,dan ahli lembaga pengarang bagi Kew Bulletin (mulai Januari 2007); Journal of Tropical Ecology (mulai April 2007); Pertanika Journal of Tropical Agriculture Science (mulai Februari 2009) dan Blumea (mulai Jun 2010).

Semangat, dedikasi dan komitmen beliau telah menyumbang kepada pengiktirafan FRIM sebagai pusat penyelidikan cemerlang dalam bidang botani.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.