saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 25/08/2014

Petik rambutan di UPM

PENGGEMAR rambutan baru-baru ini berpeluang menikmati keenakan buah tempatan tersebut secara percuma di pesta rambutan anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menariknya mengenai pesta tersebut, pengunjung berpeluang memetik sendiri dan makan secara percuma tanpa had.

Menurut Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) upm, Prof Dr. Abd Wahid Haron, program julung kali diadakan itu berlangsung di kawasan penanaman rambutan berkonsepkan ladang seluas 6.5 hektar milik universiti yang terletak di Serdang, Selangor .

Di samping itu juga, pengunjung dapat menikmati rasa dan tekstur 13 jenis klon di ladang rambutan seluas 18 ekar seperti gading, sarjan, gula batu dan pelbagai lagi.

“Kesemua klon rambutan tersebut adalah hasil kajian penyelidik UPM. Justeru pengunjung dapat merasai rambutan dalam pelbagai rasa dan bentuk yang mungkin tidak ada dalam pasaran tempatan.

“Selain itu, penganjuran program seperti ni turut bertujuan memberi peluang kepada pengunjung khususnya penduduk bandar merasai kemeriahan musim buah di samping merasai pengalaman memetik dan memilih sendiri jenis rambutan kegemaran secara percuma," katanya ketika ditemui pada program tersebut di Serdang baru-baru ini.

Tambah Abd. Wahid, pengunjung juga dibenarkan membawa pulang buah rmabutan yang mereka petik sendiri dengan bayaran sebanyak RM1 bagi sekilogram.

Pada program yang dijalankan selama tiga hari bermula 8 Ogos dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang itu turut diadakan jualan dan demonstrasi pembuatan jem rambutan daripada pakar teknologi makanan universiti terbabit.

Menerapkan elemen pengajaran dan pendidikan, pesta rambutan itu dilihat membantu pengunjung mengenali klon dan perbezaan pada setiap rambutan sekaligus memberi manfaat kepada mereka untuk lebih mengenali dengan lebih dekat buah tempatan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.