saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 01/09/2014

Ladang ternak orang muda

Teraju Rotikaya Farm, Asmawi (kanan) bersama Nor Hamzie Md. Hambar (kiri) dan Sharizan Salleh di ladang yang terletak di Batu 10 Cheras.

TENTU ramai yang bersikap skeptikal apabila mendengar cerita orang muda terbabit dalam bidang ternakan. Malah mungkin ada yang akan anggap itu sebagai tidak relevan, lebih-lebih lagi ladang yang diusahakan itu berhampiran kesibukan kota raya metropolitan. Namun, jika usaha dan kemahuan itu semua bukan sesuatu yang mustahil.

Hal tersebut dibuktikan oleh Pengarah Urusan Wawasan Anak Bumi Sdn. Bhd., Datuk Asmawi Kassim dengan membuka sebuah lagi ladang di Batu 10, Cheras, Selangor.

Pembukaan ladang tersebut merupakan kerjasama Asmawi bersama blog hiburan terkenal, www.rotikaya.com yang selangkah memajukan perniagaan di bidang ternakan.

Diterajui sendiri oleh Asmawi dan dua lagi rakan kongsi iaitu Shahrizan Salleh dan Nor Hamzie Md. Hambali, pembukaan ladang tersebut merupakan hasil promosi daripada kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) yang ditubuhkan sebelumnya.

Menurut Nor Hamzie, dia telah lama berminat dalam bidang ternakan, namun tidak berpeluang berikutan kurangnya ilmu berkaitan.

Namun setelah empat bulan menyertai kelab GTR, Nor Hamzie telah ditawarkan untuk membuka ladang ternakan jika berminat oleh Asmawi dan tanpa berfikir panjang persetujuan terus dimeterai.

Bagaimana pun, kekangan kawasan yang sesuai menjadi penghalang pada peringkat awalnya sehinggalah mereka bertemu dengan Shahrizan Salleh yang menawarkan tanah bapanya di Batu 10 Cheras, Selangor untuk digunakan.

“Kami memerlukan masa satu hingga dua bulan untuk menyediakan kemudahan di ladang baharu tersebut.

“Kami amat beruntung kerana bapa Shahrizan pernah memelihara kambing sebelum ini. Kandang yang ada masih boleh digunakan.

“Setelah kerja-kerja pembersihan dan pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dilakukan akhirnya, tertubuhlah ladang baharu yang dikenali sebagai Rotikaya Farm," katanya.

Biarpun tidak memiliki latar belakang dalam bidang ternakan, ia tidak menjadi penghalang Nor Hamzie dan Shahrizan untuk berkecimpung bidang tersebut.

Bahkan, minat yang mendalam tersebut jelas kelihatan apabila mereka berdua turut merancang untuk mempelbagaikan ternakan di ladang tersebut.

Kini, antara ternakan yang terdapat di Rotikaya Farm adalah kambing dan pelbagai ikan air tawar seperti tilapia merah, rohu, lampam patin dan haruan.

Dalam masa terdekat mereka akan menambah haiwan ternakan lain seperti itik dan juga ayam kampung malah turut berhasrat membesarkan kandang menambah bilangan rusa yang sedia ada.

Jelas Shahrizan, bapanya pernah mengusahakan ladang tersebut ketika masih sihat, namun setelah jatuh sakit beberapa tahu lalu, segala terbengkalai dan dia tidak mampu meneruskan perusahaan tersebut kerana tidak berpengalaman.

Ladang yang boleh memuatkan 280 hingga 300 ekor kambing dalam satu-satu masa itu mudah untuk dicapai pelanggan kerana berhampiran Kuala Lumpur, iaitu hanya 20 minit memandu dari pusat bandar raya.

Untuk sebarang tempahan kambing, Rotikaya Farm juga boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook di alamat www.facebook.com/rotikaya atau boleh terus menghubungi mereka di talian 011-23118293 (Nor Hamzie) dan 011- 23118292 (Shahrizan).

Selain menjual daging kambing segar, Rotikaya Farm turut menawarkan perkhidmatan penghantaran daging segar tersebut ke sekolah dan pusat tahfiz sekitar Lembah Klang untuk tujuan sumbangan derma dan sedekah.

Malah, pelanggan mereka boleh memilih sekolah atau pusat tahfiz mereka sendiri untuk tujuan tersebut.

Selain membekalkan daging segar dan kambing hidup, mereka juga menyediakan perkhidmatan masakan berasaskan kambing terutamanya menu kambing golek yang menjadi kegemaran orang ramai masa kini.

Biarpun baru berjinak-jinak, namun perusahaan mereka kini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan terutamanya tempahan menerusi perkhidmatan atas talian dan media sosial.

Jelas kedua-dua anak muda tersebut, golongan belia yang berminat dengan bidang ternakan ruminan mampu pergi jauh sekiranya diberi penerangan, peluang dan sedikit bantuan oleh pihak-pihak yang berwajib sebagai galakan dan juga dorongan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.