saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 01/09/2014

Kelab GTR wadah perkukuh hubungan

Kemudaha n yang ada di ladang di Kuantan, Pahang.

Perkenalan mereka bermula ketika menghadiri Bengkel Transformasi Ternakan Ruminan MTG-Utusan Malaysia tahun lepas dan dari situ penternak sebagai peserta saling berkenalan dan bertanya khabar.

Tambahan, industri ternakan ruminan negara sentiasa mengalami pasang surut dan untuk mengekalkan perkembangannya, pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi agensi-agensinya.

Namun, bagi sesetengah penternak, usaha kerajaan tersebut masih tidak memadai dan mereka mengambil inisiatif dengan mewujudkan usahasama berkumpulan sendiri.

Bermula penyertaan bengkel tersebut, akhirnya kumpulan penternak itu telah berjaya mengumpulkan sebilangan ahli yang terdiri daripada penternak dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Salah seorang penternak berjaya tersebut, Datuk Asmawi Kassim, antara yang amat teruja dengan bengkel sebelumnya itu telah menimbulkan idea untuk menubuhkan Kelab Generasi Tranformasi Ruminan Malaysia (GTR).

“Sebelum kelab ini diwujudkan kami (penternak) cuma berbincang berkenaan hala tuju, masalah dan industri ternakan ruminan menerusi laman sosial Facebook kerana lebih mudah selain amat popular waktu ini.

“Bagaimanapun, perhubungan menerusi Facebook juga agak terhad, justeru kami sering mengadakan pertemuan, dan berbincang secara berkumpulan," katanya.

Jelas Asmawi, pertemuan demi pertemuan yang diadakan akhirnya membuahkan idea untuk mereka bersama-sama mengadakan forum, bengkel serta program yang berbentuk lebih formal.

“Bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan hanya berkisar perbincangan dan program kecil-kecilan.

“Apabila melibatkan usaha untuk menyelesaikan masalah ke peringkat atasan mahupun kerajaan, suara kami agak sukar didengar kerana tidak mewakili mana-mana pihak," katanya.

Justeru, beberapa penternak telah menzahirkan idea agar mereka menubuhkan sebuah organisasi berdaftar bagi memudahkan segala masalah yang dialami oleh penternak dan mereka yang melibatkan diri dalam industri tersebut dapat diketengahkan dengan lebih jauh.

“Apabila kelab ditubuhkan sebagai NGO (badan bukan kerajaan) adalah lebih mudah untuk kami membawa apa jua masalah ke atas (kerajaan) dan suara kami akan lebih di beri perhatian," katanya.

Bagaimanapun ujar Asmawi, itu bukan tujuan utama kelab tersebut ditubuhkan, antara objektif utama mereka adalah untuk mewujudkan satu fenomena atau ‘viral’ dalam kalangan masyarakat negara ini agar kembali berminat untuk melakukan aktiviti penternakan.

“Hampir 90 peratus ahli kelab ini merupakan golongan muda (lewat 20-an sehingga awal 40-an) yang mana amat aktif menggunakan laman sosial seperti Facebook.

“Justeru, kami lihat disini (kumpulan Facebook) ramai golongan muda yang berminat dalam industri ternakan ruminan namun masih tercari-cari cara dan sokongan.

“Kami di sini merupakan satu kumpulan penternak yang bergerak atas dasar silaturahim untuk membantu mereka yang berminat bidang ini secara bersungguh-sungguh," katanya.

Tambahnya, apa yang diharapkan, menerusi kewujudan kelab tersebut akan menarik minat lebih ramai penternak menyertainya seterusnya menarik golongan muda untuk kembali menceburi bidang tersebut.

“Tidak kisah jika anda adalah seorang penternak sambilan, kecil-kecilan, mahupun seorang penternak berjaya, kita berkumpul di sini (sertai kelab) dan banyak yang boleh dilakukan untuk membantu industri ini terus membangun," katanya.

Ditanya bagaimanakah cara untuk menyertainya, ujar Asmawi, kelab tersebut terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat terhadap industri ternakan ruminan, sama ada pelajar, usahawan, ahli akademik mahupun penternak di luar bandar.

“Tiada kategori khas, cuma perlu isi borang yang boleh didapati di Facebook kami dengan nama Kelab Transformasi Ruminan Malaysia dan membayar yuran pendaftaran.

“Apabila anda telah menjadi ahli, anda bebas untuk berbincang, memohon nasihat, bantuan dan apa sahaja berkenaan industri ternakan ruminan di dalam kelab tersebut," katanya.

Dalam pada itu, ujar Asmawi, industri ternakan ruminan terutamanya kambing mampu dilihat terus berkembang kerana permintaan terhadap haiwan ternakan tersebut sentiasa ada.

Berbeza dengan lembu, haiwan tersebut sukar untuk dipasarkan kerana hanya kelompok tertentu dan waktu tertentu sahaja dapat dipasarkan dan menerima permintaan yang tinggi.

Ujar Asmawi, dia sendiri merupakan seorang jurutera di dalam industri gas dan minyak turut menceburkan diri kerana percaya industri ternakan ruminan mampu memberikan pulangan yang lumayan.

“Buat pengetahuan ramai, stok (ternakan) yang ada kini kami terpaksa import dari luar dan permintaan yang tinggi menyebabkan kami tidak menang tangan.

“Tambahan, diberitakan bahawa negara utama pengimport kambing akan menyekat penjualan haiwan tersebut mulai 2016 dan kita perlu mula menternak sendiri kambing bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada seluruh negara tersebut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.