saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 15/09/2014

Cabaran mengurus sumber agrobiodiversiti

Persekitaran pertanian yang diurus dengan baik bukan sahaja dapat membantu mengekalkan pengeluaran yang optimum dalam jangka masa panjang namun dapat memelihara sumber semulajadi seperti tanah, air dan kepelbagaian biologi.

Jaminan bekalan makanan dan krisis ekonomi merupakan dua isu yang mendesak ke arah potensi pembangunan sistem pertanian yang mampan.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Sumbar Strategik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Dr. Mohd. Norowi Hamid, peningkatan pengeluaran makan secara optimum dan perladangan intensif akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Jelasnya, persekitaran akan terjejas jika amalan pertanian yang agresif tidak diuruskan dengan baik.

“Penggunaan input seperti racun serangga (pestisid) dan baja yang tidak terkawal akan menyebabkan sumber biologi persekitaran pertanian terjejas.

“Jika alam sekitar terjejas ia akan memberikan kesan negatif kepada bidang pertanian semula menerusi ketidakseimbangan ekosistem pertanian dan pengeluaran makanan," katanya ketika ditemui di ibu pejabat MARDI, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Peningkatan permintaan dan harga bekalan makanan telah menyebabkan kerajaan mewujudkan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020.

Ia merupakan dasar khusus untuk industri agro makanan bagi memastikan industri tersebut kekal sebagai salah satu sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Secara tidak langsung, peranan agro biodiversiti dan persekitaran pertanian memainkan peranan penting dalam memastikan dasar tersebut dapat dilaksanakan dalam suasana yang kondusif, berkesan dan praktikal.

Dua dasar berkaitan iaitu DAN serta Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan merupakan antara inisiatif kerajaan dalam membangunkan persekitaran pertanian yang mampan.

Tanpa penekanan terhadap kepentingan agrobiodiversiti dan persekitaran pertanian, ia akan mengakibatkan ketidakseimbangan rangkaian penghasilan makanan negara.

Perubahan cuaca, kesan pengunaan racun dan kekangan sumber alam semulajadi seperti tanah serta air yang semakin terhad merupakan elemen yang perlu dipertimbangkan dengan bijak.

Tanpa segala pertimbangan tersebut, ia akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk terhadap alam sekitar dan kesannya akan turut dirasai oleh masyarakat sejagat.

Bagi menyedarkan masyarakat, kerajaan, pembuat polisi serta agensi yang terlibat, satu seminar berkaitan telah dianjurkan oleh MARDI.

Dikenali sebagai Simposium Agrobiodiversiti dan Agropersekitaran (A-BES 2014), seminar tersebut akan merupakan antara platform terbaik untuk membincang menyemak kesan, sumbangan dan cabaran pengurusan sumber agrobiodiversiti dan persekitaran pertanian kepada jaminan makanan negara.

Seminar tersebut pertama kali dianjurkan oleh MARDI pada tahun 2006 telah mendapat sambutan dan kini ia lebih kerap dilaksanakan.

Dalam pada itu, program itu juga turut menghubungkan pengetahuan saintifik mengenai kepentingan pengurusan agrobiodiversiti dan persekitaran pertanian dengan pihak berkepentingan utama.

Antara sasaran penyertaan bagi seminar itu adalah pembuat polisi, usahawan, pengurus ladang, agen-agen berkaitan, ahli akademik, penyelidik serta pelajar.

Pelbagai kertas kerja serta penemuan serta penyelidikan baharu dari seluruh dunia akan dibentangkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.