saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 22/09/2014

Nilai tambah untuk belia

Peserta Pusat Latihan Padi MADA tekun mendengar taklimat.

Selain 12 pusat tauliah yang menawarkan pelbagai kursus pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) juga mengadakan kerjasama dengan pihak lain bagi memberi nilai tambah kepada belia lepasan institusi latihan tahap sijil dan diploma.

Sebagai contoh, Unit Perancang Ekonomi (EPU) memperkenalkan Skim Kemahiran dan Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) bagi tujuan pemadanan pekerjaan di industri selama dua tahun sebagai tempoh percubaan.

Dalam tempoh tersebut peserta diberi elaun sebanyak RM500 dan industri atau majikan terbabit disaran menyerap peserta untuk terus bekerja dengan mereka.

Sejak diperkenalkan pada 2012 sebanyak 120 graduan NATC menyertai program tersebut dengan peruntukan sebanyak RM120,000 manakala pada tahun ini sebanyak 33 peserta terlibat dengan kos RM100,000.

Selain itu, NATC juga terlibat membantu dan menyelaraskan latihan kemahiran dan teknikal kepada komuniti dalam kem tentera yang terlibat dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8 bagi membantu meningkatkan kualiti hidup anggota tentera, bekas anggota dan keluarga mereka.

Projek yang dimaksudkan ialah Pusat Transformasi Komuniti Tentera (MCTC) hasil inisiatif NBOS 8 yang melibatkan tanaman pertanian.

Satu lagi program yang melibatkan NATC ialah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu latihan kemahiran yang berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dan di pusat latihan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pendekatan tersebut dikenali sebagai authentic learning yang banyak diguna pakai di negara-negara maju.

Program SLDN dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.

Program seumpama ini amat perlu kerana Malaysia memerlukan tenaga mahir berpengetahuan bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Ini kerana menerusi hala tuju Latihan Agro Makanan Negara 2012-2020, NATC menyasarkan peningkatan tenaga mahir kepada 83,000 orang melalui lima pendekatan latihan kemahiran pertanian iaitu..

MYAgrosis bantu siswazah ceburi pertanian

Program berkaitan lain yang tidak kurang pentingnya ialah Kelab MyAgrosis yang ditubuhkan bagi membangunkan generasi muda yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian.

Program tersebut melibatkan kerjasama kementerian dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain 13 institut latihan pertanian di bawah kementerian dan program Inkubator Usahawan Siswazah Tani UPM.

Program MyAgrosis melibatkan dana pinjaman AgroBank sehingga RM30,000 dan Tekun Nasional sehingga RM50,000.

Pada masa sama kementerian terbabit juga telah menwujudkan Unit Agropreneur Muda yang bertujuan memastikan penglibatan generasi muda dalam pertanian.

Satu lagi program yang tidak kurang pentingnya ialah Program Belia NATC- Majlis Belia Malaysia (MBM) yang bertujuan menyedia dan melahirkan usahawan belia dalam industri pertanian berkemahiran dan terlatih.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk sesi taklimat serta forum bagi mendekatkan belia kepada bidang pertanian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.