saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 22/09/2014

Peranan besar NATC

Sektor perikanan laut dalam juga diberi penekanan oleh NATC.

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) berperanan besar mengubah persepsi bahawa bekerja dalam industri tersebut leceh dan kotor serta tidak menguntungkan.

Ini kerana selama ini, pertanian di Malaysia disifatkan sebagai bukan profesional yang mampu memberi pendapatan lumayan yang antara lain disebabkan mereka yang terlibat tidak berpendidikan tinggi .

Oleh sebab itu perlu menukar cara pemikiran dan pada masa sama, teknologi dimanfaatkan sepenuhnya supaya wajah pertanian dapat diubah kepada kerja pengendalian yang lebih moden dan tersusun serta berskala besar.

“Pada pandangan saya NATC berperanan besar dalam hal ini kerana menawarkan program latihan kemahiran pertanian yang baik dan mampu melahirkan modal insan yang profesional," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut beiau berkata, masalah menganggap pertanian sebagai kerjaya mereka yang kurang berilmu perlu dikikis dan antara kaedah berkesan ialah menggunakan teknologi pertanian terkini selain memanfaatkannya dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Cara tersebut boleh dianggap mudah dalamn usaha menarik golongan muda menyertai menceburi bidang pertanian yang ketika ini hanya pada tahap 15 peratus sahaja.

Beliau memberi contoh, antara pendekatan mudah ialah menggunakan kaedah online untuk memasarkan produk pertanian dan itu antara yang beliau akan perkenalkan pada masa akan datang.

“Saya akan melancarkan Agrobazaar online dengan inisiatif FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bagi menarik golongan muda menyertai bidang pertanian selain memperkenalkan AgroFood Malaysia Go Global bagi membawa produk tempatan ke luar negara," ujar beliau.

Dua pendekatan tersebut diharap mampu menarik golongan belia iaitu kedua-duanya boleh dijadikan pemangkin membuktikan pertanian memerlukan suntikan teknologi dan ilmu.

Golongan muda kata Ismail Sabri cenderung kepada kedua-duanya iaitu ICT serta media sosial seperti facebook dan perkara yang berkaitan dengan antarabangsa dan ini diharap menarik minat mereka.

Pada masa sama, teknologi baharu seperti fertigasi yang bersih dan mudah untuk penanaman tanpa tanah juga perlu diperhebatkan dan diperluaskan supaya sampai ke pengetahuan golongan sasar.

“Pertanian tidak boleh dilihat sebagai statik iaitu dengan melihat kepada aspek penanaman sahaja. Kita kena kena beri nafas baharu sebagai satu kaedah menarik penyertaan golongan muda ini dan menjanjikan mereka pendapatan lumayan,’’ ujarnya sambil memberitahu Unit Agropreneur Muda (UAM) diwujudkan di kementeriannya dengan sasaran pendapatan RM5,000 sebulan.

Selain itu, teknologi penangkapan ikan juga sudah dipermodenkan dengan pengenalan sonar, fish finder eco sounder yang memberi faedah kepada golongan nelayan.

Ismail Sabri juga berpendapat bidang-bidang baharu wajar diperkenal dan diperluaskan seperti pengkulturan rumpai laut agropelancongan, lebah madu, rumah sembelihan serta mekanisasi dan automasi.

Semuanya akan memberi peluang lebih ramai pengusaha dan bakal pengusaha menceburkan diri dalam bidang pertanian tanpa terlalu memikirkan soal remeh dan kotor.

Menurut Ismail Sabri , kementeriannya sedang membuat penambahbaikan termasuk membaik pulih institut latihan yang usang, meningkatkan kemudahan dan keupayaan tenaga pengajar, memperluas pengambilan pelatih antarabangsa, melibat gandakan kerjasama dengan industri menerusi pemindahan teknologi serta menggalakkan penyertaan swasta menerusi program Sistem Latihan Dual Nasional SLDN).

Dalam pada itu menurut Pengarah NATC, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, standard dan kurikulum yang dibangnkan bersama industri dikaji sekurang-kurangnya setiap lima tahun berdasarkan permintaan industri semasa.

“Kita juga melibatkan pihak lain seperti badan bukan kerajaan termasuk persatuan yang berkaitan pertankan dan pekebun kecil bagi memastikan pengisian latihan kita mengikut kehendak semasa," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.