saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 26/07/2012

Mengajari al-Quran

kenangan paling bermakna buat Suraya Abu Hassan bergandingan dengan Amirahman Abas, sebaik diumumkan qari dan qariah pada penutup Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun lalu.

TAHUN lalu namanya bergema di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila dinobatkan sebagai johan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Suraya Abu Hassan, 40, sebenarnya bukan sahaja hebat di pentas tilawah al-Quran di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Sebaliknya, wanita kelahiran Kuala Pilah yang kini menetap di Taman Kota Jaya 2, Kota Tinggi, Johor ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan Allah SWT kerana mampu menguasai ilmu al-Quran dengan baik.

Apa yang membanggakan isteri kepada Hakim Mahkamah Sesyen merangkap Pengarah Mahkamah Pulau Pinang, Muhammad Jamil Hussin itu, ilmu yang diperoleh bukan sekadar untuk dirinya semata-mata, sebaliknya dikongsikan dengan segenap lapisan masyarakat.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip dan niat untuk menyertai tilawah al-Quran bukan untuk merangkul kedudukan tertentu seperti johan atau naib johan. Tetapi niat murni yang terpahat di hati kecil saya ialah untuk melakukan yang terbaik semasa berlangsungnya acara berprestij itu.

"Bagi saya, kalam Allah ini sebaik diperdengarkan bacaannya, maka kita wajib memelihara dari segi tajwid, tarannum (lagu), fasahah (sebutan), suara dan pernafasan. Dari situlah, baru dapat disampaikan bacaan dengan baik," kata Suraya ketika ditemui baru-baru ini.

Yang pastinya, sebelum bergelar johan qariah baik di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa, ibu kepada empat anak itu sebenarnya telah berjinak-jinak dengan ilmu penguasaan al-Quran sejak berusia empat tahun.

Lantas, tidak hairanlah pada usianya sembilan tahun, Suraya telah dihantar oleh bapanya untuk mendalami dan mempelajari tarannum dan lagu yang dikendalikan oleh beberapa tokoh yang mahir dalam bidang berkaitan.

Masa terus berlalu, pada 1993 Suraya telah mendirikan rumah tangga dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mengikut suaminya yang bertugas sebagai Hakim Mahkamah Sesyen.

Semasa di Kula Lumpur dan bergelar suri rumah sepenuh masa memudahkan lagi Suraya untuk lebih mendalami ilmu tersebut. Apatah lagi berpeluang berguru dengan tokoh-tokoh yang merupakan antara hakim-hakim yang mengadili tilawah di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akui Suraya, pada 2002 apabila suami dipindahkan ke Mahkmah Kota Tinggi, bakatnya mula menyerlah di mana pada 2003, beliau menjadi naib johan pada tilawah peringkat negeri.

Berikutan kejayaan itu, kata Suraya, ia menjadi pembakar semangat untuknya meraih kejayaan lebih besar. Ini dibuktikan dengan merangkul gelaran johan peringkat negeri pada 2006. Kejayaan berturut-turut dirai empat tahun kemudian iaitu pada 2007, 2008, 2009 dan 2010 tetapi sekadar menduduki tangga Nnib johan di peringkat kebangsaan.

"Jujurnya, saya memang berhasrat untuk menjadi johan qariah di peringkat antarabangsa. Keinginan ini turut disokong serta mendapat dorongan kuat daripada qariah negeri, kebangsaan dan antarabangsa iaitu Umi Kalsom Mohd. Zain.

"Ternyata sentuhan, komitmen dan gandingan kami berdua telah membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka bila mana pada 23 Julai tahun lalu, saya muncul johan qariah peringkat antarabangsa," katanya.

Rahsia kejayaan

Menguasai ilmu al-Quran, khususnya dari segi tajwid, tarannum, fasahah, suara dan pernafasan diakui Suraya sebagai rahsia kejayaannya.

"Bagi mengusai ilmu tajwid, saya mempunyai guru-guru khusus; iaitu dari Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.

"Saya juga begitu prihatin tentang penjagaan suara, terutama 10 hari sebelum bertanding iaitu dengan mengamalkan memakan kuning telur, air kelapa muda yang direbus dengan ramuan dan disertai doa.

"Selain itu saya juga kerap mengamalkan memakan tebu hitam panggang bercecahkan lada sulah yang ditumbuk. Kaedah ini saya amalkan sekurang-kurangnya sebulan sekali," ujar Suraya.

Terangnya lagi, bagi memantapkan suara, dia turut menjalani latihan suara sekurang-kurangnya sejam sehari dengan menggunakan suara tinggi.

Tambah Suraya, manakala ketika uzur syarie (haid) dia mempelajari dan menyanyikan lagu-lagu pop Arab sambil membuat kerja rumah seperti mengemas, menyapu, memasak, menggosok dan sebagainya.

Yang penting kata Suraya, dia tidak putus-putus berlatih dalam apa situasi.

"Di samping itu, setiap kali menyertai pertandingan, saya turut memasang niat, bertanding bukan untuk menang, tetapi niat untuk buat yang terbaik.

"Alhamdulillah, nampaknya apa yang saya hajatkan sudah tercapai," katanya.

Mengajar al-Quran

Mengenai aktiviti terkini, Suraya masih mengajar ilmu al-Quran, selain berzanji dan marhaban yang dibuat pada sekala besar, sederhana dan ada individu di kalangan penduduk di sekitar Kota Tinggi selain murid-muridnya di sekitar Lembah Klang.

Selain itu, dia turut mengetuai Kumpulan Al-Humaira yang ditubuhkan pada 2002 dengan keahlian seramai 100 orang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk bacaan surah Yasin dan tahlil, mengajarkan al-Quran, berzanji, memberi ceramah agama dan pada bulan Ramadan turut mengadakan tadarus al-Quran sehingga khatam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.