saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 04/09/2012

Ungkapan Istirja

Siapa yang mengucapkan kalimat Istirja dan diikuti dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka Allah akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik. - Gambar hiasan

BENARKAH kalimat inna lillahi wa inna ilaihi rajiun hanya digunakan apabila kita mendengar seseorang meninggal dunia sahaja?

Jawapan

Ucapan innalillahi wa inna ilaihi rajiun disebut juga kalimat istirja. Memang telah menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat kita mengaitkan kalimat ini dengan berita kematian sahaja. Padahal, kalimat tersebut sepatutnya diucapkan untuk semua musibah lainnya. Tidak kira sama ada musibah itu besar ataupun kecil, melibatkan korban jiwa atau tidak.

Allah SWT berfirman: Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan dan kelaparan, juga kehilangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. (al-Baqarah: 155-156)

Dalam kitab Musannaf karangan Imam Ibnu Abi Syaibah diceritakan: Suatu hari tali selipar Sayyidina Umar bin Al-Khattab terputus. Beliau lalu mengucapkan: Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Seseorang bertanya kepadanya: "Wahai Amirul mukminin, anda mengucapkan kalimat ini hanya kerana tali selipar terputus?"

"Ya," jawab Umar, "Setiap perkara yang tidak disukai adalah musibah."

Kalimat istirja melambangkan kesabaran menghadapi musibah. Ia mesti selalu berada di lidah kita setiap saat. Siapa yang biasa menyebut kalimat ini apabila mendapat musibah kecil, ia akan mudah mengucapkannya apabila tertimpa musibah besar nanti.

Aapa sebenarnya makna yang terkandung dalam kalimat tersebut?

Kalimat inna lillahi wa inna ilahihi rajiun bermakna: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan suatu ketika nanti akan kembali kepada Allah."

Jadi, kalimat ini mengandungi kesedaran tentang hakikat diri kita. Sebenarnya kita ini hanyalah hamba milik Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya. Justeru, kita mesti berserah diri kepada setiap takdir dan ketentuan Allah SWT.

Siapa yang tidak menerima takdir Allah sebenarnya tengah melupakan hakikat dirinya. Ia menginginkan segala sesuatu berlaku sesuai dengan kehendak hatinya sahaja. Dan itu tentu sahaja mustahil. Sebab hanya tuhan yang mampu melakukan perkara itu.

Seorang hamba hanya mampu bersabar dan bersangka baik. Ia mesti yakin bahawa musibah mengandungi kebaikan untuk dirinya, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ibarat ubat yang pahit di lidah, namun membawa kesembuhan bagi tubuh.

Imam Hamdun bin Ahmad berkata: "Panik dalam menghadapi musibah adalah sikap orang yang menyimpan buruk sangka kepada tuhannya."

Siapa yang selalu menerima dengan ikhlas apa yang terjadi, ia akan menjadi orang yang paling berbahagia di dunia ini. Ia tidak akan pernah bersedih, apalagi putus asa. Malah ketenangan akan selalu berada di dalam hatinya.

Seorang ulama tabiin di Basrah, bernama Ayub Al-Sakhtiyani pernah memberi nasihat: "Jika apa yang engkau kehendaki tidak berlaku, maka kehendakilah apa yang berlaku."

Apa balasan yang Allah sediakan untuk orang yang mengucapkan kalimat istirja ini apabila tertimpa musibah?

Mengucapkan kalimat istirja apabila tertimpa musibah adalah kebiasaan orang-orang yang bersabar. Dan orang yang bersabar akan mendapatkan berita gembira dari Allah SWT sebagaimana ayat 155 daripada surah al-Baqarah di atas.

Berkata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya: "Yang dimaksud dengan berita gembira adalah Allah akan memberikan ganti yang lebih baik di dunia atau memberinya pahala yang sangat banyak di akhirat."

Berkenaan dengan ini, saya jadi teringat kisah yang pernah berlaku di zaman Nabi SAW dahulu. Peristiwa ini berkenaan dengan pasangan suami isteri yang saling mencintai, iaitu Abu Salamah dan isterinya Umi Salamah.

Di mata Umi Salamah, suaminya ini adalah manusia yang sangat sempurna. Beliau sangat taat kepada Allah dan rasul-Nya, juga sangat lembut kepada isteri dan anak-anaknya.

Suatu hari Umi Salamah mendengar Rasulullah bersabda: "Tidaklah seorang Muslim tertimba musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan, iaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, lalu diikuti dengan doa: 'Ya Allah, berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik'. Siapa yang mengucapkan semua ini, maka Allah akan menggantikan untuknya sesuatu yang lebih baik."

Tidak lama setelah itu, Abu Salamah pulang dari medan perang dalam keadaan luka parah. Lima bulan kemudian, beliau meninggal dunia.

Kejadian ini sungguh menggoncang hati Umi Salamah. Beliau segera teringat ucapan Nabi Saw, namun ragu-ragu mengucapkan kalimat yang diajarkan itu. Sebab beliau terpikir: "Siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Tidak ada orang yang lebih baik daripadanya. Beliau suami yang begini dan begitu..."

Umi Salamah terus mengingati kelebihan-kelebihan Abu Salamah, bekas suaminya itu.

Tidak lama setelah masa 'iddahnya berlalu, Rasulullah SAW datang meminang Umi Salamah untuk menjadi isterinya. Baginda makhluk terbaik yang Allah ciptakan menggantikan Abu Salamah sebagai perwujudan janji Ilahi.

Kisah ini beserta huraian tentang bagaimana sepatutnya adab kita menghadapi musibah telah saya jelaskan dalam buku saya yang bertajuk, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.Siapa yang berminat mengetahui huraian lebih lanjut, sila membacanya di buku tersebut. Wallahu a'lam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.