saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 14/09/2012

Ekspedisi Kasih Korban

sebahagian ahli rombongan yang mengikuti Ekspedisi Kasih dan Korban ke Kemboja dan Vietnam pada tahun lalu anjuran PKPU, Jakim dan CMIA.

PERSATUAN Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) akan menganjurkan Program Korban dan Akikah kali ke-4 di Kemoja dan Vietnam pada Oktober ini.

Program yang telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha pada Julai di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya adalah kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan secara berterusan oleh PKPU sejak 2009.

Pada program ini juga, PKPU turut mengadakan Ekspedisi Kasih dan Korban ke Kemboja dan Vietnam bermula pada 27 hingga 31 Oktober 2012 sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Oktober ini.

Menurut Yang Dipertua PKPU, Mohd. Ajib Ismail, program ini adalah rentetan daripada hasil Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKPU dengan CMIA pada Januari 2009 bagi menjayakan misi melaksanakan program ibadah korban dan akikah di perkampungan umat Islam yang miskin di Kemboja, di samping mengisi Dana Pendidikan Umat Islam Kemboja.

Katanya lagi, CMIA ialah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif membantu masyarakat Islam di Kemboja sejak Januari 2010.

"Sememangnya saudara seakidah kita di sana memerlukan bantuan serta sokongan umat Islam di Malaysia.

"Justeru, sesiapa yang berminat untuk menyertai Ekspedisi Kasih dan Korban ke Kemboja dan Vietnam yang berlangsung selama lima hari empat malam dengan kos yang minimum amat dialu-alukan.

"Program ini bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban serta menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam di Kemboja dan Vietnam, di mana ia akan meliputi dua negara iaitu Kemboja dan Vietnam," jelas Mohd. Ajib yang juga bertindak sebagai pengarah program korban, akikah dan dana pendidikan umat Islam di kedua-dua buah negara, sekali gus menjayakan misi murni ini.

Tambahnya, program untuk tahun ini sedang giat dipromosikan. Harga korban sebahagian ialah RM260, manakala untuk seekor lembu ialah RM1,820 dan seekor kambing RM600 (termasuk kos penghantaran).

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi terus talian 012-5052771 (Mohd. Ajib) atau 019-3951481 (Zakaria Othman). Orang ramai juga boleh menghubungi pejabat PKPU, Jakim yang terletak di MTMZA, Presint 2, Putrajaya atau hubungi talian 03-88880257 atau melayari www.pkpu.net

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.