saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 05/10/2012

Huffaz menyerlah, mampu bersaing

Para huffaz perlu bijak mencari ruang pekerjaan. - Gambar hiasan

DALAM sejarah Islam, para huffaz al-Quran telah memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah dan pengembangan ilmu agama. Mereka bukan hanya menguasai ilmu berkaitan pengajian Islam tetapi meliputi semua aspek ilmu pengurusan kehidupan manusia.

Kitab Suci al-Quran itu mengandungi pelbagai perbahasan ilmu termasuk sains dan teknologi, menyebabkan para tokoh Islam berusaha untuk mengkaji dan menyelidik setiap ayat-ayat al-Quran yang dihafal itu.

Contoh tokoh-tokoh Islam tersebut adalah Ibnu Sina (perubatan); al-Khawarizmi (matematik); Ibnu Rusyd (astronomi) dan lain-lain lagi yang antara mereka merupakan penghafal al-Quran sejak zaman kanak-kanak.

Kenangan terindah Dr. Nurul Ain Samsuddin (dua dari kanan) pada hari konvokesyen di Universiti Sains dan Teknologi, Jordan, tahun lalu.

Bahkan, jasa para huffaz dalam memelihara al-Quran dipandang tinggi oleh Islam memandangkan mereka merupakan antara golongan yang menjaga kesucian Kitab Suci tersebut pada peringkat penulisannya.

Mereka menghafal seluruh ayat al-Quran dan tidak pula mencatatnya kerana bimbang akan bercampur dengan hadis Rasullullah SAW.

Akhirnya, al-Quran dibukukan selepas kewafatan Rasulullah apabila Umar al-Khattab mengesa Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu berikutan kematian 700 orang hafiz al-Quran dalam peperangan al-Yamamah.

Ketekunan mereka untuk menghafaz demi menjaga kesucian isi kandungan al-Quran bertepatan dengan firman Allah menerusi ayat kesembilan surah al-Hijr yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

tidak mustahil suatu hari nanti sejarah kegemilangan tamadun Islam akan berulang dengan kemunculan huffaz profesional. - Gambar hiasan

Sebaliknya timbul persoalan kini berhubung potensi penghafal al-Quran dalam bidang profesional, khususnya di Malaysia. Mengapa wujud tanggapan bahawa golongan itu hanya layak menjadi imam di masjid dan surau?

Mengapa stigma itu berlaku sedangkan para hafiz menghafal seluruh kandungan al-Quran yang mengandungi pelbagai ilmu? Adakah mereka tidak layak untuk berada dalam sektor lain seperti perubatan, kejuruteraan, perbankan dan sebagainya?

Semoga kisah kejayaan para huffaz yang diketengahkan kali ini menjelaskan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis merupakan sebuah agama yang memberi rahmat kepada seluruh alam.

Mungkin sejarah kegemilangan tamadun Islam bakal berulang kembali dengan kemunculan huffaz profesional?

Jawapannya terletak pada setiap umat Islam itu sendiri sama ada mereka ingin mengukur kejayaan pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi serta perubatan atas landasan agama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.