saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 24/10/2012

Meraih haji mabrur

SETIAP umat Islam pasti merindui untuk menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima ini. Ada kalangan mereka yang sanggup melakukannya berulang-kali, lantaran ibadah haji yang menggamit perasaan untuk datang lagi walaupun terpaksa melalui pelbagai kesukaran serta menggunakan kuota orang lain semata-mata untuk ke sana.

Ibadah haji yang istimewa ini diwajibkan sekali seumur hidup sebenarnya mengandungi hikmah transformasi diri yang tiada tara. Tetapi sayangnya hanya segelintir sahaja umat Islam yang mengambil peluang terhidang ini untuk menjadi manusia bertakwa sebelum berkelana ke alam akhirat.

Antara persiapan utama yang perlu direalisasikan serta difahami oleh sesiapa yang menjadi tetamu Allah SWT yang terpilih dan dipilih ialah dengan memahami mengapakah ibadah haji menjadi keutamaan dalam proses transformasi hidup manusia di dunia ini sehingga betul-betul memahami tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Perlaksanaan ibadah haji perlu dilakukan dengan cara yang tepat dan terbaik supaya dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada diri sendiri terutamanya dalam konteks hubungan horizontal dan vertikel dengan Allah SWT serta makhluk seluruhnya. Semua ini memerlukan pemahaman sepenuh hati dan perasaan terhadap perlaksanaan ibadah haji yang istimewa ini.

Namun untuk mengetahui dan memahami persoalan ini ia tidak mencukupi dengan memperoleh jawapannya dalam ceramah-ceramah kursus asas haji bersiri sahaja.

Ini kerana kursus haji secara umumnya menitikberatkan persoalan tatacara perlaksanaan ibadah haji. Sebenarnya, kita sendiri perlu mengambil inisiatif untuk lebih memahami di sebalik falsafah ibadah haji melalui pembacaan, kajian dan perbincangan dengan golongan agamawan khususnya dalam bab ibadah haji.

Jangan malu bertanya dan berbincang seandainya kita mahukan ibadah haji kita berkualiti, berpahala serta di pandang oleh Allah SWT.

Menjadi kebiasaan para jemaah haji memfokuskan kewangan sebagai bekalan utama ke tanah suci. Memang tidak dinafikan kewangan diperlukan sebagai bekalan, akan tetapi ada bekalan yang paling penting yang perlu kita siapkan. Tanpa bekalan ini maka ibadah haji akan sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah SWT. Tidak lain dan tidak bukan bekalan tersebut itu adalah bekalan takwa.

Tiada kebaikan pada ibadah haji yang bersalut dengan kemaksiatan lantaran haji adalah simbol ketaatan dan medan meraih ketakwaan. Orang yang bermaksiat pada Allah dalam ibadah haji, maka dia gagal dan rugi mengaut bonus ibadah haji yang disediakan berupa pengampunan Allah SWT. (rujuk al-Baqarah: 197)

Memperoleh takwa tidak semudah yang dilafazkan melalui bibir semata-mata. Pesanan takwa yang sering diulang-ulang dalam ayat-ayat al-Quran, hadis, serta mimbar-mimbar Jumaat begitu penting untuk kejayaan umat Islam sebagai penanda aras kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya orang yang mempunyai mata hati yang betul-betul berfungsi dengan taufik dan hidayah sahaja akan berusaha memperoleh takwa.

Mengerjakan ibadah haji merupakan kesempatan terbaik untuk bertaubat dan meminta keampunan Allah. Malah ibadah haji itu sendiri jika dilaksanakan dengan sempurna, tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seolah-olah baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang melakukan ibadah haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya. (Bukhari Muslim)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.