saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 27/11/2012

Keringanan daripada Allah

PADA musim cuti sekolah ini, saya dan keluarga akan pergi bercuti ke luar negara. Kami telah merancang beberapa aktiviti yang hendak dilakukan dan beberapa tempat yang bakal dikunjungi. Cuma saya terfikir tentang ibadah solat kami. Saya dengar kita boleh menjamak dan qasar solat kita di tempat percutian. Bolehkah ustaz jelaskan beberapa perkara berkenaan dengan solat jamak qasar ini?

Jawapan

Saya doakan semoga saudara sekeluarga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Saya sungguh gembira melihat keazaman anda untuk menjaga hukum-hakam agama Islam meskipun di mana sahaja anda berada.

Berbalik kepada soalan saudara, pertama kali kita mesti tahu makna jamak dan qasar. Keduanya mempunyai makna yang berbeza di antara satu sama lain. Keduanya tidak selalu bersama-sama. Kita boleh melakukan jamak tanpa qasar atau qasar tanpa jamak.

Jamak secara bahasa ertinya menghimpun. Istilah ini kemudian digunakan untuk perbuatan menghimpun dua solat fardu dalam satu waktu. Solat-solat yang boleh dijamak adalah Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Adapun Subuh, ia tidak boleh dijamak dengan solat yang lain.

Jamak solat ini boleh dilakukan dengan dua cara. Cara yang pertama adalah menghimpunkan dua solat pada waktu solat yang lebih awal. Misalnya kita melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur, atau Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Cara ini disebut juga dengan jamak takdim.

Dalam melakukan jamak takdim, kita diwajibkan tertib dan berturutan. Tertib maknanya kita mesti melakukan solat Zuhur terlebih dahulu sebelum Asar, atau Maghrib terlebih dahulu sebelum Isyak.

Tidak sah jika kita melakukan secara terbalik. Adapun berturutan, maka maknanya kita wajib melakukan kedua solat ini tanpa dipisahkan oleh selangan masa yang cukup lama. Iaitu, sejurus selesai melaksanakan solat Zuhur misalnya, kita bersegera bangkit untuk melaksanakan solat Asar.

Cara yang kedua adalah menghimpun kedua solat itu pada waktu solat yang terkemudian. Misalnya kita melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, atau Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Cara ini disebut juga dengan jamak takhir.

Dalam melakukan jamak takhir, kita tidak diwajibkan tertib dan berturutan. Jadi, terpulang kepada kita apakah hendak melakukan solat Zuhur terlebih dahulu ataukah Asar, melakukan Maghrib terlebih dahulu ataukah Isyak. Keduanya boleh dilakukan dalam jamak ta'khir dan sah jamak tersebut.

Adapun qasar, maka ia adalah memendekkan solat yang asalnya empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat-solat itu adalah Zuhur, Asar dan Isyak. Adapun solat yang bukan empat rakaat seperti Subuh dan Maghrib, maka tidak boleh diqasarkan. Lawan daripada qasar adalah itmam (sempurna), iaitu melaksanakan solat dengan bilangan rakaatnya yang asal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.