saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 25/01/2013

Dakwah Izzat Mahadi

TIDAK disangka bermula pada 1993, minat seorang pemuda bernama Izzat Mahadi terhadap irama nasyid menjadi serius, sekali gus menyebabkan dia terjebak dan meletakkannya sebagai seorang yang aktif dalam industri muzik Islam.

Walaupun nama Izzat tidak setanding penggerak industri nasyid tanah air yang lain, tetapi usahanya mengangkat dan memartabatkan lagu-agu dakwah tidak pernah pudar.

Izzat yang pernah menganggotai kumpulan nasyid Mirwana suatu ketika dahulu, melangkah berani bergerak dalam industri nasyid secara solo sebelum 2006.

Namun. beliau dilihat menyepikan diri dengan merantau ke United Kingdom (UK) bertujuan menimba pengalaman.

Bagaimanapun Izzat akhirnya kembali jua ke tanah air dan mengambil keputusan untuk merakam album yang diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd. berjudul GarisanMU.

GarisanMU yang memuatkan lapan buah lagu antaranya Aku Tanpa Cintamu, GarisanMu, Dari Kejauhan, Bawa Ke Syurga, Sebuah Persinggahan, Serahkan Segalanya, Di Sana Nanti dan Dalam Reda.

Dalam album tersebut, antara komposer terlibat ialah Hafiz Hamidun, Yasin Sulaiman, Mujahid Abdul Wahab dan Izzat sendiri.

Sebalik kemunculan itu, Izzat merupakan bekas ahli Mirwana, iaitu sebuah kumpulan yang pernah mengungguli carta muzik tanah air suatu ketika dahulu selain menjuarai kategori Lagu Nasyid Terbaik dalam Anugerah Era pada 2005 dengan lagu Aku Tanpa Cinta-Mu, mendendangkan semula dalam album berkenaan.

Menerusi perkembangan terbaru berkenaan, Izzat yang menjadikan allahyarham Asri Rabbani sebagai mentornya dilihat mampu bergerak setanding penggerak irama nasyid terkenal tanah air kerana album itu berupaya menaikkan nama beliau dalam menyebarkan dakwah dan pengajaran kepada masyarakat menerusi saluran hiburan.

Bagi peminat yang ingin memiliki album GarisanMu boleh dapatkannya di pasaran berhampiran dengan harga RM25.90. Mereka juga boleh berhubung dengan Izzat secara terus melalui laman sosial www.facebook.com/izzatmahadi atau mengikuti twitter @izzatmahadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.