saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 29/05/2013

Masjid unik di dunia

Masjid al-Fatih

KEUNIKAN seni bina masjid telah menimbulkan pelbagai cetusan idea dalam kalangan orang ramai dengan mereka mengaplikasikan hasil karya itu terhadap seni reka bentuk premis-premis pejabat dan sebagainya.

Malaysia turut tidak terlepas mengambil idea itu dengan mencurahkan seni bina kubah dan ukiran masjid menerusi pembinaan bangunan-bangunan, sebagai contoh di Pusat Pentadbiran Putrajaya.

Hal ini menggambarkan bahawa keunikan seni bina masjid diterima positif dalam kalangan pelbagai masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Namun pernahkah kita mengenali dan menyelidik bahawa keunikan masjid-masjid di serata dunia berbanding melihat rumah ibadat yang berada di tanah air sendiri.

Kelainan terdapat di masjid-masjid berkenaan, sekali gus menunjukkan perbezaan budaya dan etnik akhirnya ditundukkan apabila melihat tujuan rumah ibadat itu dibina kerana tidak lain untuk menyembah Allah SWT sebagai tuhan yang satu.

MASJID al-Fatih juga dikenali sebagai Pusat Islam al-Fatih. Rumah ibadah itu merupakan salah satu masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan seramai 7,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain itu, masjid tersebut yang terletak bersebelahan Lebuh Raya King Faisal di Juffair iaitu sebuah bandar yang terletak di Bahrain telah dimasyhurkan sebagai tempat beribadat terbesar di negara tersebut.Masjid tersebut terletak berdekatan dengan Istana Diraja Bahrain, iaitu kediaman rasmi Raja Bahrain, Hamad ibn Isa al-Khalifah.
Yang menariknya mengenal Masjid al-Fatih ini adalah kerana kubahnya yang besar. Selain ia diperbuat daripada gentian kaca asli seberat lebih 60,000 kilogram dan merupakan kubah gentian kaca terbesar di dunia.

Masjid Jamek ul-Alfar

RUMAH ibadat itu yang turut dikenali sebagai Masjid Merah merupakan tempat bersejarah dan terkenal di salah satu sudut ibu kota Sri Lanka, Colombo.Masjid Jamek ul-Alfar dibina pada 1908 oleh komuniti Islam bagi memudahkan mereka menunaikan solat fardu dan Jumaat.Menurut fakta, masjid itu dibina hasil inisiatif para pedagang Islam dari India dengan kos pembinaan ditanggung oleh mereka sendiri. Hal ini dibuktikan dengan seni bina masjid dipengaruhi Moghul dan pengaruh Inggeris.Bentuk Masjid ini sangat unik dalam bentuknya yang sangat menarik kerana mirip sebuah istana kerajaan Moghul selain disaluti cat merah yang mendominasi warna premis berkenaan.Seperti lazimnya bangunan sebuah rumah ibadah, Masjid Jamek ul-Alfar juga dilengkapi dengan 14 menara yang berukuran sederhana dan kecil. Lokasinya yang berada di tengah pusat tumpuan komuniti Islam telah menjadikan kawasan sekitarnya bergema suara azan apabila tiba waktu solat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.