saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 05/06/2013

Siapa juara \Adik-Adikku ke-4?\

Datuk Othman Mustapha (kanan) bersama-sama lima peserta akhir program realiti Adik-Adikku selepas Majlis Penghargaan Penajaan dan Sidang Media sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said (kiri) baru-baru ini.

DEBARAN rancangan realiti Adik-Adikku musim keempat kian terasa. Program realiti itu bakal menemui titik noktah dengan lima peserta kanak-kanak akan berentap di pentas akhir malam ini.

Kelima-lima peserta itu akan mempertaruhkan nasib untuk menjuarai rancangan realiti Adik-Adikku musim ini, sekali gus membolehkan salah seorang daripada mereka merangkul gelaran johan dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pelbagai hadiah iringan.

Lima peserta akhir berkenaan ialah Shauqi Afifi Shamsudin, 12; Hanan Athirah Nazli, 12; Muhammad Amir Ahmad Dusuki, 11; Uswatun Hasanah Yusri, 13, dan Muhammad Hanif Zakaria, 12.

Lima peserta akhir tersebut yang merupakan 12 kanak-kanak rancangan Adik-Adikku akan mempersembahkan bakat pendakwah cilik seperti pidato yang disulami taranum, bacaan surah dan sebagainya.

Di pentas akhir itu, setiap persembahan mereka akan dinilai sepenuhnya oleh tiga juri profesional iaitu Ahmad Badrul Sani Baharudin, Farihin Abdul Fatah dan novelis terkenal, Ain Maisarah.

Selain persembahan menarik para peserta, para penonton akan menyaksikan penampilan istimewa Najwa Latif dan personaliti agama, Mohd. Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim selain gabungan peserta Adik-Adikku musim pertama sehingga ketiga.

Salah seorang peserta akhir Adik-Adikku, Shauqi Afifi, mengakui bimbang, gugup dan gentar tidak dapat dihilangkan olehnya melainkan perasaan itu disejukkan dengan memohon kepada Allah agar beliau dapat mempersembahkan yang terbaik.

Jelas anak bongsu itu, walaupun berdebar, namun dengan kerjasama yang ditonjolkan oleh rakan-rakan dalam program realiti tersebut menyebabkan beliau sedih untuk meninggalkan mereka selepas ini.

"Saya sedih sebab selepas ini kami akan berpisah. Selama berminggu-minggu bersama-sama untuk mendalami pelbagai ilmu menjadi seorang pendakwah muda.

"Namun keakraban ini tidak akan dilupakan. Kami akan menyusun program pertemuan antara peserta musim keempat bagi mengeratkan talian silaturahim," kata Shauqi Alif.

Nada sama turut dinyatakan oleh Muhammad Hanif yang memberitahu pada malam ini bukan sekadar pertandingan lain, tetapi untuk menonjolkan bakat yang selama sebulan dilatih di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bermula bermula 25 November hingga 24 Disember tahun lalu.

"Saya berusaha untuk tonjol bakat terpendam kepada para penonton dan ini merupakan latihan awal untuk menjadi seorang belia yang berpotensi memberi didikan agama kepada anak-anak muda negara ini.

"Dengan izin Allah, saya yakin lakukan terbaik di Pentas Akhir Adik-Adikku," ujar kanak-kanak itu.

Menurut salah seorang daripada dua peserta wanita, Uswatun Hasanah, walaupun pentas akhir didominasi oleh tiga peserta lelaki, tetapi itu bukan penghalang bagi beliau dan rakannya, Hanan Athirah untuk memberi persembahan terbaik.

Menurut Uswatun Hasanah, kalah atau menang bukan menjadi alasan tetapi yang penting adalah pada masa akan datang dengan bagaimana mereka memanfaatkan ilmu selama ditimba sepanjang 'bertapa' di ILMI.

Ketika ditanya apakah bentuk persembahan pada malam ini, gadis itu kemudiannya hanya menjawab dengan jawapan ringkas iaitu 'tunggu dan lihat.'

Jutaan penonton

Pada musim ini, tiada bezanya seperti mana sebelum ini dengan masih mengekalkan konsep sama dengan mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada murabbi seperti Imam Muda Hizbur Rahman, Novelis Fatimah Syarha Mohd. Noordin, Tokoh Agama Mohamad Zarifi Mohamad Daud manakala Ahmad Shukri Yusoff sebagai Ra'es.

Tetapi kejayaan jumlah penonton seramai 1.3 juta pada musim lalu dan beberapa musim sebelum ini telah menjadikan rancangan Adik-Adikku diyakini setanding dengan rancangan realiti sedia ada.

Hal demikian bertujuan untuk membentuk imej, keyakinan serta jati diri kanak-kanak untuk dijadikan pemimpin pada masa hadapan.

Sebanyak 14 sesi uji bakal telah diadakan di seluruh Malaysia dengan melibatkan seramai hampir 800 penyertaan bagi mencari 12 peserta berbakat sebelum dikumpulkan selama sebulan bagi mengikuti latihan dan pembelajaran serta ceramah motivasi yang diaturkan.

Rancangan Adik-Adikku disiarkan sebanyak 27 episod bermula 24 April setiap Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad selama 30 minit di TV1 pada pukul 6.30 petang.

Pada hari ini, musim keempat akan menemui titik noktah dengan Pentas Akhir Adik-Adikku akan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam melalui TV1 dan Radio IKIM.FM selalu media rasmi dari Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau orang ramai tidak sempat boleh mendengar siaran tertunda menerusi saluran radio Salam.FM pada pukul 12 tengah malam.

Orang ramai dijemput hadir untuk melihat sendiri persembahan berbakat daripada para pendakwah cilik tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.