saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 07/06/2013

Keunikan sijil perkahwinan

SIJIL perkahwinan zaman Qajar 1840Masihi/1256Hijrah.

PERKAHWINAN merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW di dalamIslam. Di seluruh dunia Islam terdapat pelbagai cara meraikan majlis perkahwinan dan juga merekodkan sesebuah perkahwinan.

Sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Qajar di Iran, sijil perkahwinan yang dihasilkan dihias dengan amat cantik sekali bagi mengingati hari bahagia pasangan pengantin.

Konsep sijil perkahwinan ini merupakan tradisi tempatan masyarakat Iran yang masih lagi dihasilkan sehingga ke hari ini.

Di dalam sijil tersebut terdapat beberapa bahagian penting yang perlu diberi perhatian di dalam penghasilannya. Tiada saiz, warna dan hiasan yang khusus.

Sijil boleh dihasilkan mengikut kemampuan kedua-dua buah keluarga terutamanya keluarga pengantin lelaki yang membayar kesemua kos perkahwinan.

Selain mempunyai hiasan berwarna-warni, kadang-kala ia mempunyai sentuhan emas dan perak. Sijil ini ditulis dengan menggunakan tulisan khat yang indah seperti thuluth, nask dan nasta'liq.

Kebanyakan bahasa yang digunakan di atas sijil ini ialah berbentuk puisi yang sedap dibaca dan indah bunyinya.

Sijil atau kontrak perkahwinan ini mempunyai enam bahagian yang sering terdapat di dalam setiap sijil yang dihasilkan. Bahagian-bahagian tersebut ialah tahmidiyeh, pish neveshtar, pengenalan, mas kahwin, doa penutup dan tarikh.

Tahmidiyeh bermaksud puji-pujian dalam bahasa Melayu. Bahagian ini mengandungi puji-pujian ke hadrat Allah SWT yang menemukan pasangan pengantin. Bahagian ini ditulis dalam bahasa Arab dan pilihan ayat yang selalu digunakan oleh pembuat sijil perkahwinan ialah ayat-ayat dan doa yang menyatakan tentang kasih sayang dan penyatuan dua hati di dalam perkahwinan.

Bahagian kedua ialah pish neveshtar yang menerangkan tentang tujuan perkahwinan di dalam Islam. Ia merupakan bahagian yang paling panjang di dalam sijil perkahwinan. Ia ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi yang turut dimasukkan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis berkaitan dengan perkahwinan.

Antara hadis yang sering digunakan di atas sijil perkahwinan ialah Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku. (hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

Bahagian seterusnya ialah pengenalan kepada pasangan pengantin dan bapa kedua-dua pengantin. Dari segi susunan nama, nama pengantin lelaki ditulis dahulu sebelum nama pengantin perempuan dan seterusnya nama kedua-dua bapa pasangan pengantin. Setiap nama di dalam bahagian ini akan menggunakan gelaran-gelaran yang baik-baik bagi meraikan kedua-dua pengantin.

Selepas pengenalan kepada pengantin, ia diikuti dengan bahagian mengenai mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan. Semua maklumat di dalam bahagian ini telah dipersetujui oleh bapa pengantin perempuan terlebih dahulu.

Antara mas kahwin yang direkodkan di dalam sijil perkahwinan Dinasti Qajar ialah emas, perak, duit, tanah, kampung atau daerah, rumah, permaidani, peralatan dapur, perabot, pokok kacang walnut dan juga bilangan hamba lelaki dan perempuan yang dihadiahkan kepada pengantin perempuan.

Dua bahagian terakhir yang mesti ada di atas sijil perkahwinan ialah doa' penutup dan tarikh majlis perkahwinan dilangsungkan. Sijil perkahwinan ini ditandatangani sewaktu majlis akad nikah berserta para saksi perkahwinan.

Sijil-sijil perkahwinan Qajar ini dipamerkan di Galeri al-Qur'an dan Manuskrip, Muzium Kesenian Islam Malaysia. Ia terdapat dalam bentuk helaian dan buku.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.