saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 19/07/2013

Ilmu Ramadan

Tajuk: A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Rayaaf
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tebal: 283 muka surat

WAHAI orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: 183)

Setiap kali kedatangan Ramadan, umat Islam seluruh dunia bersungguh-sungguh memanfaatkan penghulu segala bulan tersebut dengan menjadikannya sebagai pesta ibadah menerusi amal ibadah termasuk menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang membatalkan puasa.

Warna-warni Ramadan dijelmakan menerusi panduan pengetahuan ilmu dan kesefahaman agar ibadah dalam bulan ini dapat dilakukan dengan sempurna dan mendapat nilai Allah SWT.

Bagi menyempurnakan ibadah Ramadan, Telaga Biru Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk, A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya adalah pilihan tepat untuk seisi masyarakat.

Penulis, Ahmad Adnan Fadzil membahagikan kepada enam bahagian antaranya menyentuh daripada persiapan menjelang Ramadan, panduan melaksanakan ibadah puasa, zakat fitrah, solat terawih dan witir dan hari raya Aidiladha.

Dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan, buku berkenaan turut merungkai permasalahan yang timbul secara lengkap dan mudah difahami selain disediakan jadual, gambar rajah dan carta.

Buku A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya diterangkan mengikut dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah supaya pembaca dapat mengetahui sumber bagi sesuatu masalah yang diambil daripada hujah ulama.

Karya setebal 283 muka surat itu boleh didapati pasaran berhampiran anda dengan harga RM25 atau anda boleh menghubungi Telaga Biru selaku penerbit menerusi talian 03-6275 4070 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.