saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 18/08/2013

Endometriosis

ASSALAMUALAIKUM. Saya berumur 28 tahun, disahkan mempunyai endometriosis. Setiap kali haid saya mengalami kesakitan amat sangat. Kesakitan selalunya di bahagian perut dan pinggang. Kini, saya mengalami pendarahan di antara haid. Bolehkah perubatan Islam merawat endometriosis?

* Cik Shiela, Segambut

Jawapan

Penyakit endometriosis biasa berlaku di seluruh dunia. Dianggarkan seorang daripada setiap 100 orang wanita disah menghadapi endometriosis. Penyakit ini boleh terjadi dari saat seseorang mula mengalami haid sehingga proses menopaus bermula.

Lapisan dinding dalaman rahim dipanggil endometrium. Hormon wanita akan menyebabkan dinding endometrium menebal dan diselaputi saluran darah supaya seseorang itu bersedia untuk hamil.

Jika tiada persenyawaan berlaku di dalam rahim, kadar hormon akan jatuh dan menyebabkan endometrium luruh dan menjadi darah haid.

Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu seperti endometrium tumbuh di luar rahim, di bahagian ovari, usus atau pundi kencing. Tisu endometrium asing yang tumbuh di luar rahim dipanggil endometriosis.

Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometrium asing turut membesar seperti tisu endometrium di dalam rahim. Apabila lapisan endometrium di dalam rahim luruh sebagai darah haid, tisu endometriosis turut luruh tetapi pendarahan tersebut di dalam kawasan tertutup.

Maka, pendarahan menyebabkan keradangan di endometriosis dan menyebabkan kesakitan.

Simptom

Sebahagian pesakit endometriosis tidak mempunyai sebarang simptom tetapi ramai mempunyai satu atau lebih simptom berikut:

* Sakit teruk di bahagian pinggul (pelvik)

* Kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin

* Sakit semasa qada’ hajat dan/atau semasa haid

* Selalunya pendarahan haid yang banyak

* Pendarahan sedikit (spotting) di antara tempoh haid atau beberapa hari sebelum haid

* Kemandulan yang menyebabkan pesakit sukar mengandung secara semulajadi. Endometriosis merupakan faktor ketiga tertinggi menyebabkan kemandulan.

Diagnosis

Untuk mendiagnosis endometriosis, terdapat beberapa prosedur yang akan dilakukan oleh doktor. Antaranya pemeriksaan fizikal dan pinggul (pelvik) akan dilakukan untuk mencari punca lain yang memberikan kesakitan dan masalah.

Kemudian, laparoskopi mungkin dicadangkan untuk meneliti dan membantu dalam penyelesaian endometriosis.

Melalui laparoskopi, tisu-tisu endometriosis boleh disingkirkan. Tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk kajian selanjutnya.

Laparoskopi adalah satu prosedur di mana doktor akan memasukkan alat kamera ke dalam tubuh pesakit melalui lubang yang dibuat di bahagian abdomen pesakit. Jika bahagian itu ada endometriosis, maka melalui alat laparoskopi, doktor akan memotong dan membuang tisu endometriosis tersebut.

Rawatan moden

Mengikut teori, endometriosis tidak dapat dihilangkan terus dari badan. Namun, simptomnya boleh dikawal. Kesakitan daripada endometriosis selalunya akan berkurangan semasa kehamilan dan selepas menopaus.

Jadi, bagi wanita yang tidak mahu hamil dalam jangka masa terdekat, rawatan akan difokuskan untuk mengurangkan keradangan atau memperkenalkan hormon memberhentikan seketika pengeluaran hormon wanita oleh ovari.

Ubat penahan sakit - seperti ibuprofen, naproxen atau asid mefenamic memberi kelegaan kepada lapan daripada 10 orang pesakit yang mengalami kesakitan abdomen.

Jika anda tahu haid akan bermula, ambil ubat penahan sakit sebelum haid atau apabila sakit abdomen baru bermula.

Pil Perancang Keluarga - Hormon daripada pil perancang keluarga akan menipiskan lapisan endometrium dan mengelakkan endometriosis daripada bengkak. Pil ini boleh digunakan secara berterusan agar tidak mendapat haid langsung.

Gonadotropin-releasing Hormone Agonists (GnRH) - GnRH adalah hormon yang membantu kitaran haid. Agonis GnRH yang digunakan lebih kuat daripada GnRH semula jadi di dalam badan. Ia mengurangkan paras hormon estrogen dengan memberhentikan fungsi ovari. Akibatnya, wanita mengalami menopaus. Ini hanya untuk sementara. Kesan sampingan seperti panas badan, sakit kepala, kekeringan faraj dan kerapuhan tulang.

Pembedahan - Untuk membuang tisu endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan. Pembedahan boleh dilakukan secara terbuka ataupun melalui laparoskopi. Bagi wanita yang mengalami endometriosis teruk dan sudah tidak mahu hamil lagi, pembedahan membuang rahim (histerektomi) boleh dilakukan.

Endometriosis

dan mandul

Sehingga kini, belum ada penjelasan sebenar kenapa endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Kemungkinan, endometriosis mengubah lapisan endometrium di dalam rahim hingga menyebabkan embrio tidak boleh melekat ke dinding rahim atau endometriosis mungkin menyebabkan saluran tiub fallopio tersumbat dan menghalang telur tersenyawa daripada sampai ke dinding rahim.

Pembedahan membuang ketumbuhan endometriosis selalunya sangat membantu untuk pesakit hamil. Bagi mereka yang masih belum hamil selepas rawatan endometriosis, rawatan kesuburan in-vitro fertilization atau IVF boleh dicadangkan.

Rawatan al-Quran

Ramai pesakit endometriosis yang datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat suci al-Quran. Mereka mengamalkan bacaan al-Quran secara konsisten setiap hari dan turut yakin akan keberkesanan rawatan menggunakan ayat al-Quran.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah berfirman;“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Setiap pesakit endometriosis yang datang berubat, akan diperiksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat yang selalu diamalkan untuk endometriosis adalah:

Surah Maryam ayat 77 hingga 98

Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43

Cara amalan ayat al-Quran, pesakit membaca surah pertama iaitu surah Maryam tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ibrahim tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa untuk penyembuhan.

Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin Allah.

Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Endmetriosis satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan wanita Malaysia. Ramai pesakit menderita dalam diam sebab tidak tahu bahawa simptom yang mereka alami untuk sekian lama adalah tanda awal endometriosis. Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai simptom seperti di atas, agar menjalani ujian endometriosis.

Jangan tunggu hingga endometriosis tambah teruk sehingga mengganggu ikhtiar mendapatkan zuriat. Buat pesakit endometriosis yang susah untuk baik daripada endometriosis, carilah bantuan dan ingatlah akan firman Allah swt dalam surah Al-Imran ayat 139:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

bersama Haji Lokman Abdul Hamid

TANYA apa saja mengenai pelbagai masalah berkaitan penyakit fizikal atau spiritual. Sebarang soalan boleh e-mel ke [email protected] www.alhidayah-medic.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.