saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 26/09/2013

Renovasi Masjidil Haram

Program perluasan kota Mekah dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal.

MASJID yang paling utama di dalam agama Islam ialah Masjidil Haram di Mekah, kemudian Masjid Nabawi di Madinah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin.

Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia apabila jemaah haji dan umrah melakukan ibadat mereka di situ.

Sewaktu melaksanakan ibadat umrah pada Julai lalu, penulis berkesempatan melihat usaha pembesaran dataran Masjidil Haram yang sedang giat berlangsung.

Banyak kedai dan bangunan hotel lama telah diruntuhkan bagi memperluaskan dataran itu dalam usaha memenuhi kapasiti jemaah haji yang semakin meningkat setiap tahun.

Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah pertama sekali dibina Nabi Adam dengan bantuan malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain.

Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail telah membaiki Kaabah setelah diperintah Allah SWT supaya berbuat demikian di samping membina masjid di sekitarnya.

Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding.

Perluasan Masjidil Haram bermula pada 638 Masihi apabila Saidina Umar Al Khattab menjadi Kahlifah. Beliau membeli rumah-rumah di sekeliling Kaabah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan.

Perluasan ini diteruskan lagi pada zaman pemerintahan Saidina Usman Affan, kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar as Siddiq bernama Abdullah Zubair memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan masjid.

Sementara di bahagian utara dan barat pula diperluaskan oleh Zaid Abdullah al-Harisi di bawah pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Nama-nama seperti Abdul Malik Marwan, Umar Al-Walid, Ziad Abdullah dan Musaal-Mahdi adalah antara tokoh pemimpin Islam awal yang bertanggungjawab menghiasi masjid.

Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu marmar diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disaluti emas.

Pada 986 Masihi, Harun Ar-Rashid memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat.

Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada 1243 Masihi oleh Ali Umar dari Yaman.

Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Kaabah.

Pada 1399 Masihi, kebakaran besar berlaku di Masjidil Haram. Banyak bahagian telah musnah, begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti.

Amir Az-Zahiri memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya.

Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan di usahakan Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri.

Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad meneruskan usaha bapanya hingga selesai.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi dan Abbasiah hingga akhirnya dilakukan perluasannya oleh kerajaan Arab Saudi.

Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955 dengan menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya.

Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda daripada keluasan asal.

Daun pintu Kaabah juga diganti baru dengan dilapisi emas tulen dan Raja Fahd menambah kawasan saie dengan laluan bertutup berhawa dingin.

Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini.

Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram Kerajaan Saudi dirasmikan.

Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan bab al-Umrah dan bab al-Malik.

Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.

Projek terbaru yang dilaksanakan baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersaie) dari dua lorong kepada empat lorong.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada 2006 dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam.

Kini Masjidil Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya Bab Al-Umrah yang didirikan Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada 706 Masihi.

Menara ini kemudiannya diperbaiki pada 1172 Masihi dan sekali lagi pada 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada 1552 Masihi.

Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir.

Pada 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid daripada Bani Abbas membangunkan menara bab Az-Ziadah dan diperbaiki Asraf Baresbai pada tahun 1447 Masihi.

Menara Kait Bait dibangunkan kira-kira 1501 Masihi dan kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga dibina.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan Hotel Darul Tawhid, salah satu hotel lima bintang di Mekah. Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa. Semua menara lain didirikan secara berpasangan, kecuali menara tunggal di Bab As-Safa.

Azan yang dikumandangkan lima kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Perluasan dan pembinaan bangunan baru yang indah di bandar Mekah bakal menjadikannya antara bandar raya negara Islam yang terindah dan termoden di dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.