saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 28/02/2014

Sukar mohon modal perniagaan

RAMAI asnaf yang telah berjaya dibantu menerusi penyediaan bantuan modal perniagaan LZS. - Gambar hiasan

Soalan

SAYA dimaklumkan, kononnya pihak pusat zakat agak ketat dalam meluluskan permohonan dana perniagaan yang dipohon oleh asnaf. Benarkah begitu dan saya berharap penjelasan yang lebih adil daripada pihak ustaz? Terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, mudah-mudahan berkat usaha saudara dengan mengajukan terus persoalan kepada pihak pengurusan zakat seperti ini, ia dapat memberikan jawapan yang lebih tepat dan menghilangkan pelbagai keraguan.

Insya-Allah, jawapan yang bakal disajikan ini diharap mampu memberikan gambaran sebenar mengenai kaedah memohon bantuan modal perniagaan yang diuruskan oleh pusat zakat. Mungkin perlaksanaannya ada sedikit perbezaan di antara neger-negeri, namun saya yakin secara dasarnya ia hampir sama.

Ini kerana, tujuan disediakan dana perniagaan bagi asnaf tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membebaskan mereka daripada kemiskinan. Persis seperti mana yang dikatakan oleh Saiyidina Umar al-Khattab: "Apabila kamu memberikan bantuan kepada fakir miskin, maka kayakanlah mereka." (Abu Ubaid, Ensaiklopedia Kewangan Islam, hal. 681). Maksud ‘mengayakan’ mereka ini adalah dengan cara memberikan mereka modal dan hal ini telah pun didiskusikan pada slot Bicara Zakat yang lepas.

Baiklah, merujuk kepada amalan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri, hanya ada lima syarat asas yang begitu minimum sahaja dikenakan kepada semua pemohon. Lima syarat asas itu ialah:

1. Asnaf fakir atau miskin

atau mualaf

Maknanya, setiap pemohon mesti terlebih dahulu berdaftar dengan pihak LZS sebagai asnaf fakir, miskin atau mualaf demi melayakkan mereka dibantu dengan modal perniagaan. Jika belum berdaftar, maka mereka hendaklah dibanci dengan mengisi borang had al-kifayah terlebih dahulu.

Sementara itu, bagi mualaf, usia mualaf di Selangor ialah lima tahun. Maka selama masa itu, segala permohonan akan diuruskan secara langsung oleh Unit Pengurusan Dan Pembangunan Mualaf, Majlis Agama Islam Selangor. Selepas lima tahun, jika mereka tergolong fakir dan miskin, maka mereka boleh berurusan dengan pihak LZS.

2. Mesti komited berniaga (sama ada telah berniaga atau baru)

Ertinya, mesti menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengusahakan perniagaan. Misalnya perlu menyediakan kertas cadangan perniagaan, mengikuti kursus-kursus berkaitan dan sebagainya. Jika sudah berniaga, maka LZS akan membuat tinjauan sejauh manakah perniagaannya benar-benar dijalankan.

3. Bisnes itu tidak melanggar undang- undang negara dan syariat Islam

Pastilah hal ini perlu diambil tahu, kerana jika perniagaannya salah di sisi undang-undang, maka pusat zakat juga akan dianggap salah membantu mereka. Begitu juga, tidak boleh membuka perniagaan berbaur syubhah dan haram, misalnya perniagaan kelab malam dan karaoke, kerana lazimnya ia membawa kepada kelalaian dan dosa.

4. Menduduki kursus Pra Kelulusan Bantuan Modal (Pra-Keusahawanan)

Kursus ini bertujuan mendedahkan selok-belok asas perniagaan kepada asnaf. Maka, kegagalan mereka mengikutinya, memberi kesan kepada perniagaan yang bakal dijalankan. Bayangkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai asas perakaunan, asas perniagaan dan sebagainya. Maka, tanpa sedikit ilmu, bagaimana mungkin mereka boleh memulakan perniagaan dengan baik dan mampu bertahan atau berkekalan perniagaannya.

5. Umur pemohon tidak melebihi 60 tahun jika baru memulakan perniagaan atau 65 tahun jika dana tambahan bagi perniagaan yang sudah pun berjalan.

Sudah pasti aspek usia diambil kira, memandangkan mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan ini sewajarnya juga tidak terlalu lanjut usianya. Ini kerana, menguruskan perniagaan juga memerlukan stamina dan minda yang kuat. Jika tidak, mungkin perniagaan akan gagal.

Namun, LZS juga meraikan anak-anak asnaf yang berpotensi untuk memohon dana perniagaan dengan syarat-syarat yang tertentu dan menggunakan status ibu bapa mereka sebagai asnaf zakat. Hal ini boleh dipanjangkan kepada pihak pegawai LZS untuk tindakan lanjut.

Jadi, di manakah susahnya memohon dana perniagaan? Secara perbandingan, apa yang diminta oleh LZS amatlah minimum berbanding syarat-syarat pinjaman perniagaan yang disediakan oleh pelbagai ejensi kerajaan atau pihak bank dan agensi swasta. Hanya lima syarat asas disediakan. Maknanya, ia sepatutnya tidak membebankan pemohon.

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada [email protected] dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com.my, http://blog.e-zakat.com.my atau Facebook.com/lembagazakatselangor.MAIS.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.