saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 10/10/2014

Adab dalam mengkritik

SEORANG sarjana yang membuat kajian hadis menyatakan bahawa terdapat hadis palsu dalam kitab Ihya tulisan Imam al-Ghazali. Kenyataan ini dikritik oleh beberapa pihak sebagai tidak beradab dengan ulama besar. Apakah wajar menyatakan wujudnya hadis palsu dalam kitab agung ini dan apakah wajar kutukan terhadap sarjana tersebut?

Jawapan:

Pertama, kita sewajarnya menyemak terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan. Maka sewajarnya disemak, sama ada benar-benar wujud dakwaan bahawa terdapat hadis palsu dalam kitab Ihya. Oleh itu, semakan ini sewajarnya dengan melihat dan menilai sumber asal perkara tersebut iaitu tulisan atau kertas kerja tersebut, bukannya dengan melihat apa yang ditulis atau dipetik tanpa melihat keseluruhan kertas kajian. Jika kertas kajian tidak pernah dilihat dan dibaca, maka kita telah berlaku zalim kepada seseorang.

Dalam mengkritik seseorang, antara perkara yang penting ialah adab dalam mengkritik. Imam al-Ghazali bukanlah seorang nabi yang mana tidak pernah melakukan kesilapan. Sudah tentu secara dasarnya, ada kesilapan dalam ijtihad dan juga tulisan beliau.

Perkara ini terpakai kepada semua insan dan semua ulama. Namun adab amat perlu dijaga dengan baik terhadap semua orang, apatah lagi terhadap ulama besar yang mempunyai jasa yang besar seperti Imam al-Ghazali.

Maka kita dapati juga bagaimana segelintir ulama silam yang mengkritik Imam al-Ghazali tetapi dengan penuh adab. Imam al-Ghazali sudah tiada di dunia ini untuk menjawab kritikan terhadap beliau.

Jika kita katakan bahawa Imam al-Ghazali memuatkan kitabnya Ihya dengan hadis palsu, sudah tentu Imam Ghazali tidak mampu menjawabnya sekarang. Maka kita seolah-olah nampak hebat kerana mampu menyatakan kesilapan para ulama silam.

Oleh itu, adab amatlah penting. Dengan adab, kita boleh menyatakan kajian kita tentang sesiapa sahaja. Kita membuat kajian hadis-hadis dalam kitab Ihya. Maka tidak salah menyatakan bahawa hadis ini adalah dhaif berdasarkan hujah dan juga kalam para ulama hadis yang lain.

Bagi yang tidak bersetuju, maka kritikan itu boleh dijawab dengan kritikan akademik dan dengan adab. Adapun kutukan, maka ia bukanlah daripada asas ajaran Islam. maka jika kita membaca kitab perbandingan mazhab, kita akan nampak bagaimana ulama menolak pendapat ulama yang lain dengan adab dan hujah.

Imam al-Ghazali menyusun kitabnya dengan begitu baik. Dalam kebanyakan tulisan dalam karya Ihya, beliau menyebutkan nas al-Quran terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan hadis sahih. Kemudian beliau akan menyebut pula hadis-hadis yang dianggap dhaif oleh sarjana hadis yang datang selepasnya.

Pada banyak tempat, walaupun Imam al-Ghazali tidak menyatakan bahawa hadis itu dhaif atau ada masalah, namun Imam al-Ghazali menyebut dengan lafaz yang tidak kuat iaitu diriwayatkan. Kemudian Imam al-Ghazali menyebut pula kalam para ulama dan cerita. Berdasarkan susunan ini, kita sudah mampu menilai keilmuan Imam al-Ghazali yang tinggi dalam bidang hadis berbanding dengan kita.

Namun, tidak salah untuk membuat kajian akademik terhadap mana-mana kitab. Kajian ini dapat mematangkan ilmu. Namun kritikan perlulah dengan adab dan berhemah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.