saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 16/10/2014

Sambutan korban JPAM meriah

AZAHAR Ahmad (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mohd. Zamri Bakar selepas takzirah sambil diperhatikan Pang Ah Lek sempena sambutan Hari Raya Korban 2014 di Pejabat JPAM daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, barubaru ini.

JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Kedah tidak ketinggalan menjalankan aktiviti keagamaan sempena Hari Raya Korban 2014 di Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah di sini, baru-baru ini.

Kira-kira 200 kakitangan jabatan itu hadir di majlis berkenaan dan berpeluang pula mengikuti takzirah bertajuk, ‘Korban’ disampaikan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Kedah (Maik), Mohd. Zamri Bakar.

Dalam masa hampir sejam itu, dia menghuraikan dengan panjang lebar mengenai Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji, di mana ramai umat Islam sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Bagaimanapun, mereka yang prihatin mengenai keistimewaan ibadat korban sanggup melakukan apa sahaja yang dituntut dalam masa empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

“Menjelang hari mulia itu, kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Ia berlaku selepas Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail," katanya.

Menurutnya, mimpi para nabi adalah benar dan syaitan tidak boleh masuk dalam urusan ini.

Mohd. Zamri berkata, orang Yahudi banyak menyebarkan perkara yang tidak berasas mengenai erti korban selama ini.

Sementara itu, Pengarah JPAM negeri Kedah, Lt. Kol. (PA) Pang Ah Lek ketika berucap di majlis itu berkata, program begini jika diteruskan berjaya mengeratkan hubungan baik antara kakitangan dan sukarelawan JPAM sendiri.

Menurutnya, anggota JPAM negeri Kedah yang aktif ketika ini mencecah 33,000 orang dan mereka sanggup menjalankan pelbagai aktiviti termasuk membantu dan menolong mangsa banjir di setiap daerah.

“Kini lebih ramai wanita menjadi anggota JPAM dan mereka juga sanggup menjalankan tugas tanpa mengenal erti jemu dan bosan," katanya lagi.

Beliau menegaskan, mana-mana ahli yang melanggar peraturan bakal berdepan dengan pelbagai risiko, termasuk disingkir daripada JPAM.

Pegawai JPAM daerah Kuala Muda, Azahar Ahmad berkata, pihaknya dipilih menjadi tuan rumah bagi mengendalikan majlis korban dua ekor lembu yang diberi oleh kerajaan negeri Kedah melalui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara Bukit Selambau dekat Sungai Petani, baru-baru ini.

“Kehadiran ahli JPAM di program begini, begitu bermakna sekali dan ceramah agama disampaikan itu boleh dijadikan panduan untuk membaiki diri sendiri," katanya.

Seorang kakitangan JPAM, Zakiah Md. Akhir dari daerah Yan berkata, program seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang.

Menurutnya, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat.

“Saya amat berpuas hati dan banyak perkara baharu dapat dipelajari setelah hadir dan mendengar takzirah," katanya.

- ABD RAZAK OSMAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.