saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 17/10/2014

Alam dijadikan guru

BUKU Keajaiban Haiwan Yang Mengubah Dunia bukanlah sekadar satu lagi bahan penulisan kreatif penulis tempatan. Ia juga bukan sebuah buku untuk memperkenalkan penulis kepada industri buku negara.

Ia lebih menggambarkan tentang usaha penulis untuk menunjukkan bahawa tesis hasilan para penyelidik tempatan yang terbiar di rak-rak bilik simpanan serta almari universiti adalah lubuk dan sumber ilmu terkini.

Lebih menyedihkan isi tesis itu sekadar dirujuk dan dibaca oleh segolongan pengkaji bidang tertentu, sedangkan masyarakat umum turut berhak untuk membaca dan memahami isi kandungan tesis tersebut.

Buku hasil tulisan bersama antara Profesor Madya Dr. Umi Kalthum Ngah dan Dr. Zulkifli Zainal Abidin itu kini sudah terjual lebih 4,000 naskhah meskipun baru berada di pasaran pada awal September lalu.

“Setiap tahun, banyak tesis dihasilkan dan banyak juga yang tersadai dalam almari. Sepatutnya, penemuan itu didedahkan kepada orang awam dengan pendekatan tulisan yang menarik.

“Kami pasti banyak lagi ilmu di menara gading itu sesuai untuk didedahkan kepada umum," kata Dr. Umi Kalthum ketika ditemui di ibu pejabat Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dalam buku Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia ini, penulis menceritakan bagaimana binatang yang kelihatan liar dan tidak bertamadun, sebenarnya mempunyai dan menjadi sumber inspirasi teknologi luar biasa.

Daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar haiwan memiliki kepintaran ikhtiar hidup masing-masing. Kepintaran yang dikurniakan Allah SWT dan dimiliki oleh sesetengah haiwan itu mampu diadaptasi oleh manusia yang mempunyai kelebihan akal.

Cara pemikiran serangga kecil yang ringkas dan optimum dalam mengharungi kehidupan seharian juga dapat diadaptasi ke dalam kehidupan manusia yang kebanyakannya melibatkan proses yang kompleks.

Dengan harga yang berpatutan dan ilustrasi yang menarik, ia mampu membangkitkan rasa ingin tahu, sekali gus membuat pembaca ingin memilikinya.

Begitu pun, penulis mengakui ia bukan satu kerja yang mudah untuk menyelaraskan bahasa daripada pendekatan penulisan tesis kepada bacaan umum.

Tidak hairanlah, apabila Dr. Zulkifli memberitahu bahawa beliau dan Dr. Umi Kalthum mengambil masa agak lama untuk menjadikannya menarik dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat umum.

“Memang ramai daripada kalangan rakan penyelidik saya di universiti yang menganggap buku itu adalah satu penghasilan yang luar biasa," katanya.

Bagi pembaca yang berminat, buku tersebut boleh diperoleh di mana-mana kedai buku atau menghubungi penerbitnya di talian 03-6188 0316 untuk keterangan lebih lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.