saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2012

Lagi NGO lapor polis bantah perhimpunan Bersih

Sebahagian penduduk Parit Buntar memegang sepanduk dan kain rentang membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan balai Polis Parit Buntar, semalam.

IPOH 27 April - Pelbagai pihak hari ini membuat laporan polis dan bantahan secara aman berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur dan dua lokasi di Ipoh esok.

Di Sungai Siput, dekat sini, lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bagi mendesak tindakan tegas diambil ke atas penganjur perhimpunan tersebut.

Turut membuat laporan itu, pertubuhan belia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pemimpin Rukun Tetangga.

Difahamkan, di Balai Polis Sungai Siput sahaja, sudah 26 laporan polis berhubung bantahan penganjuran Bersih 3.0 dibuat sejak semalam.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun berkata, pihaknya membantah penganjuran perhimpunan Bersih kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi sebenar serta mendatangkan pelbagai kesan negatif yang merugikan negara dan rakyat.

"Kami menentang penganjuran perhimpunan ini kerana jika diteruskan ia akan menyebabkan kerugian, menyusahkan rakyat dan mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Siput.

Dzulkifli mendakwa, pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan tertentu dan bukannya untuk menuntut proses pilihan raya yang bersih.

Di Parit Buntar, sekumpulan 60 ahli pelbagai NGO termasuk Gerakan Belia 4B dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membuat demonstrasi aman membantah perhimpunan Bersih di perkarangan Masjid Daerah Parit Buntar selepas solat Jumaat .

Mereka kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar kira-kira pukul 2.30 petang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia, Muhamad Fuad Zainoldin yang mengetuai kumpulan itu berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih yang seolah- olah menganggap mereka kebal daripada undang-undang.

"Kita patut berasa bertuah kerana berada dalam hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera. Perhimpunan itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, malah boleh membawa kerosakan dan kerugian kepada masyarakat.

"Tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu yang hadir dan menganjurkan perhimpunan tersebut perlu diambil sebagai pengajaran kepada generasi masa hadapan supaya menghormati undang-undang," katanya.

Di Bagan Serai pula, lebih 100 ahli yang mewakili lima NGO mengadakan perhimpunan aman sebelum membuat laporan polis berhubung penganjuran perhimpunan Bersih di IPD Kerian.

Lima pertubuhan itu adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kerian, Kelab Motor Selinsing, Kelab Kulaan Banjar Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), UMNO Bahagian Bagan Serai dan Gerakan Belia 4B Bagan Serai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.