saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/05/2012

Suwaibah memasuki Suez dari Kaherah

SUWAIBAH Muhammad Nasir ditemubual oleh Neil Sport Channel di Giza sejurus menamatkan lariannya ke Piramid Giza, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir, 38, mula memasuki Suez dari Kaherah untuk menamatkan larian dengan jarak 40 kilometer (km) hari ini.

Pengurusnya, Mejar (B) Ahmad Azan Ridzuan berkata, larian yang bermula pada pukul 6.30 pagi tadi berjalan dengan lancar selain tahap kecergasan Suwaibah juga dalam keadaan stabil.

"Pagi tadi Suwaibah berjaya menghabiskan larian permulaan memasuki Suez sejauh 25 km dengan memasuki Nasir City dan akan menyambung semula larian petang nanti dengan jarak 15 km.

"Sejak semalam sehingga pagi ini, Suwaibah tidak perlu lagi memakai topeng muka tebal kerana ribut pasir yang sebelum ini menjadi penghalang telah berakhir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Larian Sahara 2012 atau Sailing the Sands of Sahara itu bermula dari Aswan melalui Luxor sejauh 179 km, Luxor-Sohag-Assyut (22 km), Assyut-Al-Minya-Giza-Kaherah (318 km), Kaherah-Suez (125 km), Suez-Port Said (146 km) dan Port Said-Rafaj (122 km).

Sementara itu, Suwaibah berkata, walaupun lariannya memasuki kawasan padang pasir, ia tidak menghalangnya meneruskan misi tersebut.

Beliau bersyukur kerana batuk yang dialami bertambah baik dan kesihatannya kembali cergas.

"Saya telah menghabiskan larian sejauh kira-kira 700 km atau hampir tiga suku bahagian untuk menamatkan laluan larian yang telah ditetapkan untuk misi Larian Sahara ini," katanya.

Menurut Suwaibah lagi, ribut pasir juga tidak menghalang beliau untuk tiba ke Piramid Giza.

Apa yang lebih menggembirakan, dia mendapat pengiktirafan daripada media tempatan apabila telah ditemubual oleh Neil Sport Channel Giza.

"Saya juga mendapat cenderahati daripada Jabatan Pelancongan Giza sejurus tiba di Piramid Giza dengan disambut oleh pihak Kedutaan Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.