saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/05/2012

Bersih 3.0: Gabung buat laporan polis

KLUANG 7 Mei - Seramai 100 ahli daripada 44 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu daerah ini yang bersatu di bawah Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu (Gabung) daerah Kluang berarak secara aman dan membuat laporan menentang perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka turut menyampaikan jambangan bunga kepada Ketua Polis Balai Kluang, Cif Inspektor Othman Mohd. Said sebagai simbolik penghargaan terhadap pasukan keselamatan itu atas pengorbanan menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Kumpulan itu turut berarak dengan membawa sepanduk mengandungi perkataan yang mengutuk pihak terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 kerana mencetuskan huru-hara dan bertindak ganas sehingga sanggup menyerang anggota polis.

Walaupun hujan renyai, kumpulan itu tetap bersemangat berarak secara aman sebelum membuat laporan pukul 3.34 petang di Balai Polis Kluang, di sini semalam.

Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Kelab Veteran Komando, Persatuan Kontraktor Melayu, Kluang Easy Bikers, Persatuan Bekas Perajurit dan Persatuan Bekas Polis.

Turut serta, Gerakan Belia 4B Kluang, Persatuan Penduduk Sri Lalang, Persatuan Belia Melayu, Kelab Rukun Tetangga Taman Pelangi, Persatuan Ketua Kampung, Belia Simpang Renggam, Persatuan Pesara Kerajaan dan Persatuan Pengguna Bumiputera.

Setiausaha Gabung, Zolkefli Mohd. Noor berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih teruk pada perhimpunan Bersih 3.0.

"Polis bertungkus-lumus menjaga keamanan supaya kita semua dapat tidur lena, namun, ada pihak yang biadab mencetuskan huru-hara dan cuba pula mencemarkan imej polis dan negara," katanya.

Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Ghazalli Alwi pula menegaskan, sekiranya pihak tertentu mahu mengadakan Bersih 4.0, Gabung dan Perkasa akan menggembleng sepenuh tenaga untuk menentang perhimpunan itu.

Dalam pada itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat hari ini, Pergerakan Puteri UMNO di daerah itu turut memberikan jambakan bunga kepada Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad sebagai sokongan dan menghargai jasa polis terhadap rakyat dan negara.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong, Siti Aileen Ahmad berkata, penyerahan bunga itu sebagai menghargai perjuangan pasukan berkenaan, selain menjadi simbol kasih sayang daripada rakyat.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam, Nuriyati Md. Ithnin; Ketua Puteri UMNO Bahagian Sri Gading, Rashidah Ramli dan wakil Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Pahat, Salina Satiman dan Puteri Kimma Batu Pahat, Norenini Abd. Kadir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.