saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/05/2012

Majlis Peguam gagal bertindak adil - Khairul

KUALA LUMPUR 9 Mei - Seorang lagi Ahli Majlis Peguam hari ini mengecam badan itu dengan menegaskan bahawa pertubuhan profesional tersebut gagal bertindak adil di dalam isu perhimpunan Bersih 3.0 selain didakwa menjadi dalang sehingga para peserta perhimpunan berani melanggar undang-undang.

Peguam berkenaan, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, atas dua faktor tersebut badan itu dilihat telah memberi mesej salah kepada rakyat.

Beliau berkata, sebagai sebuah pertubuhan profesional dan amat arif mengenai sistem perundangan negara, Majlis Peguam tidak sepatutnya berpihak kepada peserta Bersih 3.0 semata-mata sedangkan berlaku perlanggaran undang-undang oleh kumpulan tersebut.

"Ini yang saya katakan Majlis Peguam memberi mesej yang salah kepada rakyat. Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan peserta-peserta Bersih 3.0 mematuhi undang-undang, lebih-lebih lagi Mahkamah Majistret telah pun keluarkan injunksi melarang mereka memasuki Dataran Merdeka.

"Namun, ini tidak berlaku sebaliknya Majlis Peguam menjadi dalang sehingga peserta Bersih 3.0 berani melanggar undang-undang...(kerana) peguam-peguam ada di belakang mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang Ahli Majlis Peguam yang secara berani dan terbuka membidas badan itu kerana membentangkan laporan tidak konsisten tentang kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu.

Peguam berkenaan, Ranjit Singh Dhillon, 50, turut mempertikaikan kehadiran seorang pemimpin kanan pembangkang setiap kali perhimpunan diadakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Mohd. Khairul Azam berkata, Majlis Peguam harus sedar dan tahu membezakan antara profesionalisme dan kecenderungan berpolitik.

"Antara prinsip Rukun Negara ialah Kedaulatan Undang-Undang. Mengapa Majlis Peguam tidak mahu mematuhi prinsip ini?" soalnya.

Menjawab satu soalan beliau berkata, Majlis Peguam dalam isu perhimpunan Bersih 3.0 telah bertindak berdasarkan kecenderungan politik dan bukan disandarkan atas dasar profesionalisme.

"Moto Majlis Peguam ialah bertindak tanpa takut dan pilih kasih, namun kejadian Bersih 3.0 minggu lalu jelas memperlihatkan sikap pilih kasih Majlis Peguam. Mereka memang berani tetapi pilih kasih.

"Sepatutnya segala tindakan Majlis Peguam berasaskan keadilan dan profesionalisme dan bukannya berdasarkan kepada tuntutan nafsu politik mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, segala isu berkaitan Majlis Peguam dan perhimpunan Bersih 3.0 termasuk sikap pilih kasih badan itu akan disuarakan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Jumaat ini.

Menyentuh isu sama, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Majlis Peguam di dalam isu perhimpunan Bersih 3.0 jelas memperlihatkan sikap tidak profesional badan itu dan ia disebabkan oleh kecenderungan politik.

Ujarnya, badan tersebut tidak lagi bebas sebaliknya menjadi alat kepada permainan politik pihak tertentu dan tindakannya amat bertentangan dengan peruntukan Seksyen 42 Akta Profesion Guaman 1976.

"Dalam peruntukan ini Majlis Peguam sepatutnya menegakkan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih tetapi ini tidak berlaku. Mereka telah bertindak pilih kasih. Atas sebab politik, mereka cenderung kepada satu pihak dan menafikan hak satu pihak lain.

"Mereka telah bertindak secara tidak profesional, bebas dan adil. Atas sebab itu Majlis Peguam perlu dibubarkan dan kemudian daftarkan sebagai pertubuhan politik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.