saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/05/2012

Majlis, Badan Peguam disaman

MOHD. Khairul Azam Abdul Aziz menunjukkan writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Seorang peguam hari ini memfailkan saman terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam serta dua individu berhubung Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pertubuhan itu pada Jumaat lalu yang meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang merupakan ahli Majlis Peguam dan Badan Peguam dengan nombor keahlian BC/M/1600 memfailkan saman tersebut melalui firma guamannya, Tetuan Azam Aziz & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Selain Majlis Peguam dan Badan Peguam, beliau selaku plaintif menamakan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan Setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan-defendan.

Menurut pernyataan tuntutan, Mohd. Khairul mendakwa, pada 4 Mei lalu, Yeow Thong telah memuat naik notis di laman sesawang Badan Peguam memaklumkan bahawa satu EGM akan diadakan dalam masa tujuh hari dari tarikh berkenaan.

Kira-kira 10 jam kemudian, setiausaha Badan Peguam itu memuat naik di laman sesawang yang sama, usul yang dicadangkan oleh Chee Wee dan akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun tindakan tersebut, dakwa Mohd. Khairul, merupakan satu penyampaian yang tidak sempurna.

Beliau turut mendakwa, hak seramai 14,189 ahli telah menjadi prejudis apabila tidak diberikan tempoh masa yang cukup untuk membuat usul tambahan dan tidak diberikan secara pos salinan notis dan usul EGM terbabit.

Plaintif turut mendakwa, pihak defendan telah gagal atau cuai menyatakan bahawa EGM terbabit diadakan atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 150 ahli Badan Peguam.

Dengan itu, Mohd. Khairul mendakwa, usul yang dibincangkan adalah di luar bidang kuasa kesemua defendan dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Peguam itu turut mempersoalkan mengenai jumlah kehadiran kuorum EGM yang dikatakan turut disertai oleh pelatih dalam kamar, media dan orang awam.

Oleh yang demikian, plaintif menuntut satu deklarasi bahawa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei lalu dan usul mesyuarat tersebut sebagai tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Beliau turut memohon deklarasi bahawa usul yang diluluskan dalam mesyuarat terbabit menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain itu, Mohd. Khairul memohon pengisytiharan bahawa EGM Badan Peguam dan usul yang diluluskan dalam mesyuarat bertarikh 11 Mei lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Peguam terbabit turut memohon satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan dan mana-mana ejen mereka daripada menulis atau menerbitkan sebarang perkara berkaitan mesyuarat luar biasa itu di laman web atau media cetak mahupun elektronik.

Turut dimohon ialah kos dan relif lain yang difikirkan sesuai.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, pada mesyuarat itu, seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadirinya dengan 939 undi menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta Bersih 3.0 manakala 16 lagi membantah.

Resolusi itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menganggapnya sebagai berat sebelah dalam mempersoalkan rujukan yang digunakan Majlis Peguam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.