saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/05/2012

Suri rumah sangkal

KUALA LUMPUR 17 Mei - Golongan suri rumah membidas tohmahan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez yang mendakwa pembantu rumah Indonesia dijadikan objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol, sambil menegaskan mereka bukanlah kejam seperti digambarkan.

Rata-rata suri rumah yang ditemui berkata, pembantu rumah warga Indonesia di negara ini diberi layanan terbaik malah dianggap sebagai ahli keluarga majikan sendiri.

Siti Nur Atikah Abdullah, 26, berkata, golongan itu diberi layanan sama seperti ahli keluarga yang lain tanpa dibezakan statusnya sebagai pembantu rumah.

"Apa yang kita makan, mereka juga makan. Malah apabila kita pergi melancong, kita bawa mereka bersama.

"Kita majikan di Malaysia tidak sekejam seperti didakwa Irene. Kita sentiasa menghormati hak serta menjaga kebajikan mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mak Wan menjelaskan, pembantu rumah dari republik itu yang bekerja dengannya sentiasa dianggap sebagai ahli keluarga.

Katanya, terdapat juga rakan-rakannya yang mengeluarkan wang yang banyak untuk menghantar pembantu rumah mereka melanjutkan pelajaran ke kolej swasta.

"Justeru, kenyataan Irene bahawa kita menindas warga Indonesia yang bekerja di negara ini tidak benar sama sekali. Jika ditanya golongan itu sendiri, pasti mereka akan membantah kenyataan itu sekeras-kerasnya," ujarnya.

Maimun Ahmad, 50, pula mahu wakil dari Indonesia datang sendiri ke negara ini untuk menyaksikan sama ada dakwaan Irene itu benar atau salah.

Tambahnya, dakwaan berbaur politik itu seharusnya disiasat dahulu kerajaan republik itu dan sekiranya ia didapati tidak benar, maka mereka perlu menghalang Irene daripada memasuki negara itu untuk terus menabur lebih banyak fitnah.

"Dengan cara ini segala persepsi buruk antara kedua-dua negara dapat dihapuskan dan seterusnya hubungan baik dapat diwujudkan untuk manfaat bersama," katanya.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein pula berkata, keakraban yang terjalin antara majikan dan pembantu rumah juga menyebabkan ramai rakyat Indonesia enggan pulang ke kampung halaman mereka.

"Faktor budaya, bahasa dan agama yang sama telah mewujudkan persefahaman serta hubungan erat antara majikan dan amah di negara ini. Justeru, tiada sebab bagi kebanyakan majikan untuk melayan buruk pembantu rumah mereka," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.