saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/05/2012

Ahli berhak pertikai Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz boleh melaksanakan haknya sebagai seorang ahli untuk mempertikaikan resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, saman yang difailkan terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam serta dua individu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam adalah hak peribadi Mohd. Khairul.

“Beliau berhak mencabar Majlis Peguam sebagai seorang ahli badan berkenaan yang tidak berpuas hati dengan resolusi EGM itu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pihak mahkamah untuk menentukan keputusan kes saman tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam saman yang difailkan semalam, salah satu tuntutan Mohd. Khairul sebagai plaintif adalah memohon pengisytiharan bahawa EGM itu dan usul yang diluluskan dalam mesyuarat bertarikh 11 Mei lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Jumaat lalu, EGM yang dihadiri seramai 1,270 ahli Majlis Peguam itu menyaksikan sebanyak 939 undi menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0, manakala 16 lagi membantah.

Sementara itu, seorang peguam, Abu Backer Sidek berkata, selain saman, penubuhan Majlis Peguam Persekutuan Malaysia yang dalam peringkat cadangan itu boleh meredakan kemelut yang sedang melanda pengamal profesion guaman di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.