saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/05/2012

Buku tokoh ilmuwan Tuan Guru Haji Mohd. Yassin dilancar

MUAR 19 Mei - Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin melancarkan buku kisah hidup dan perjuangan bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjudul Tuan Guru Haji Mohd. Yassin: Tokoh Ilmuwan Islam Terbilang di Masjid Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Pelancaran itu turut disaksikan oleh Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, ahli keluarga, bekas anak murid Mohd. Yassin dan Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh.

Buku itu adalah sempena memperingati jasa dan sumbangan Mohd. Yassin yang merupakan tokoh ulama, pemikir, pendidik, ahli sufi, bapa mithali dan pendakwah tersohor di Johor.

Mohd. Yassin juga merupakan pengasas dua buah institusi pendidikan iaitu Madrasah As-Saadiah yang beraliran agama dan Sekolah Menengah Mohd. Yassin.

Buku itu diterbitkan oleh ITBM dengan kerjasama Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) yang ditulis Abd. Latiff [email protected] dan Amad Bahri Mardi.

Waris Mohd. Yassin iaitu Abdul Aziz, 70, yang juga abang Muhyiddin melahirkan kesyukuran kerana akhirnya riwayat hidup, perjuangan dan amanat bapanya dibukukan.

Menurut Abdul Aziz, bapanya seorang yang gigih dalam berdakwah, menyebarkan ilmu dan memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan perlunya mengubah minda serta pemikiran.

Katanya, usaha dan perjuangan Mohd. Yassin dalam bidang pendidikan kini diwarisi Muhyiddin yang kini menjadi Menteri Pelajaran dan sedang melakukan transformasi pendidikan.

Sementara itu, Abd. Latif berkata, salah satu kandungan menarik buku tersebut ialah mengenai ramalan Mohd. Yassin bahawa salah seorang anaknya satu hari nanti akan menjadi pemimpin besar negara.

Mohd. Yassin Muhammad lahir pada 1899 di Tanjung Bidara, Melaka dan meninggal dunia pada 1975 pada usia 76 tahun, meninggalkan empat isteri dan 47 anak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.