saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/05/2012

Raja Zarith Sofia ketuai penerima darjah

IPOH 21 Mei - Tuanku Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah mengetuai senarai 867 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, esok.

Raja Zarith Sofia dianugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Turut menerima darjah kebesaran pada istiadat penganugerahan itu ialah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin pula adalah antara penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Tujuh lagi penerima SPMP ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong; Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin; Presiden Persatuan Hoki Thailand, Chaiyapak Siriwat; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd. Ropaa Hassan dan Datuk Michelle Yeoh.

Sementara itu, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Pasukan Petugas Khas, Datuk Mohamed Fuzi Harun merupakan tiga penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan berkenan menganugerahkan darjah kebesaran kepada 49 penerima yang membawa gelaran Datuk.

Seorang penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah Pensyarah Pusat Pendidikan Islam Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi al-Akiti.

Seramai 48 orang pula menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Antaranya Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie; Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, Mohd. Nardin Awang; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama, Harun Rawi; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Ismail Hassan; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Yusop Husin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Zamri Man dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ibrahim Ahmad.

Turut menerima DPMP ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Chong Phaik Kee; Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Roslan Ariffin; Orang Besar Jajahan Kerian, Meor Redwan Mahayudin; Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Leftenan Kolenal (B) Shaharudin Nazari; Setiausaha Bahagian (Darat) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Rohani Mohd. Yusof dan Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Perak, Nooraziah Abdul Manaf.

Duta Besar Crotia Zagreb, Yean Yoke Heng; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid; Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Malek Awang Kechil; Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohamed Sharil Tarmizi dan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr. Noraini Idris turut dikurniakan DPMP.

Sementara itu, tujuh pegawai tinggi pasukan keselamatan dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Datuk Pahlawan iaitu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib; Pengarah Tenaga Kerja Markas Angkatan Tentera Malaysia, Briged Jeneral Md. Sani Ahmad dan Timbalan Ketua Pemantau Antarabangsa Mindanao 6 dari Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Pertama Mohamad Adib Abdul Samad.

Empat lagi penerima DPTS ialah Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Kontinjen Sarawak, Zulkifli Hassan; Laksamana Pertama Tentera Laut, Sulaiman Ahmad dan Brig. Jeneral Redzuan Baharuddin dari bahagian perkhidmatan anggota, Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan 13 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 70 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 16 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 203 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 289 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 196 Pingat Jasa Kebaktian dan 11 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.