saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/05/2012

Ahli minta Peguam Negara siasat Majlis Peguam

PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang Ahli Majlis Peguam hari ini menyerahkan notis kepada Pejabat Peguam Negara supaya mengambil tindakan menyiasat dan seterusnya membatalkan keanggotaan ahli majlis itu yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan haram Bersih.

Notis tersebut disampaikan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz mengikut Seksyen 46A, Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan notis itu, beliau berkata, sebuah panel siasatan hendaklah ditubuhkan untuk menyiasat penglibatan ahli Majlis Peguam dalam penganjuran perhimpunan haram tersebut.

"Di bawah Seksyen 46A ini Peguam Negara dengan kuasa yang ada boleh memberikan perintah membatalkan keahlian mana-mana ahli sebagai ahli Majlis Peguam.

"Ini kerana Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membatalkan keahlian mana-mana yang terlibat dengan aktiviti, kumpulan dan badan bersifat politik," katanya.

Menurut Mohd. Khairul Azam, beliau bertindak bersendirian atas kapasiti seorang peguam didorong rasa tanggungjawab untuk membersihkan nama Majlis Peguam dan profesion peguam itu sendiri.

Katanya, beliau tidak didalangi atau dipengaruhi mana-mana parti politik untuk memastikan Majlis Peguam menjadi sebuah pertubuhan yang benar-benar bebas.

"Penglibatan ahli Majlis Peguam di belakang penganjuran Bersih 3.0 secara tidak langsung memberi keberanian kepada peserta demonstrasi untuk bertindak ganas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.