saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/06/2012

Malaysia negara Islam contoh

KUALA LUMPUR 31 Mei - Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkenalkan program transformasi dipuji oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman yang mengunjungi negara ini sebagai tetamu Kuala Lumpur Business Club.

Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia ekoran mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.

"Saya kagum dengan pentadbiran Datuk Seri Najib dan membuat penilaian itu selepas berjumpa dengan beliau, beberapa pemimpin masyarakat dan ahli pembangkang.

"Dalam pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kami kagum dengan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara ini," kata McCain pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Duta Khas ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones.

Dalam pada itu, Lieberman berharap kerajaan melantik sebuah badan pemerhati antarabangsa bagi memantau pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Langkah menjemput pemerhati luar untuk memantau tersebut dilihat sebagai tanda keyakinan dalam sistem politik sesebuah negara.

McCain dan Lieberman turut merakamkan rasa bangga kerana berkesempatan berada di Malaysia.

Kedua-dua mereka tiba semalam dan akan berada di negara ini sehingga esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.