saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/06/2012

Sam D'Lloyd meninggal

Syamsuar Hasyim

JAKARTA 9 Jun - Selepas menderita penyakit barah paru-paru, vokalis utama kumpulan legenda Indonesia, D'Lloyd, Sam atau Syamsuar Hasyim, 64, meninggal dunia.

Sekalipun berhadapan dengan ujian berat itu, namun Sam yang menempa kemasyhuran di Malaysia sekitar tahun 1970-an, tidak pernah menjadikan kesakitan sebagai halangan untuk berkarya.

Allahyarham Sam dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mengambil peduli soal kesihatannya dan sentiasa bersetuju untuk mengadakan persembahan biarpun menyedari kemampuannya semakin terbatas.

Pada 12 Mei lalu, Sam bersama-sama rakan D'Lloyd yang lain masih mampu beraksi di Johor Bahru, Malaysia.

Jadual seni mereka juga masih padat dengan empat lagi jadual konsert yang harus dipenuhi di tiga wilayah iaitu Indonesia Palembang, Jakarta dan Cirebon serta di Kuching, Sarawak (Malaysia).

Namun, awal pagi ini, Sam menghembuskan nafas terakhir di Hospital Islam Cempaka Putih di sini, setelah dirawat selama dua hari.

Menurut ketua kumpulan D'Lloyd, Bartje Van Hauten, keadaan Sam menjadi semakin kritikal sebaik pulang daripada mengadakan konsert di Johor Bahru.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan di hospital, Allahyarham masih mampu mengadakan persembahan di Menteng, Jakarta pada 25 Mei lalu.

Namun, sejurus selepas beraksi, beliau sekali lagi dikejarkan ke hospital kerana keadaannya kembali lemah.

"Sam itu sensitif. Di Johor, dia mengeluh kakinya sakit. Dia ada bertemu doktor dan memakan apa sahaja ubat hanya kerana mahu mengurangkan sakitnya.

"Mungkin itu juga menjadi punca kesakitannya. Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser," kata Bartje seperti dipetik portal berita, Viva News.

Akibat kesakitan yang dialami Sam, kumpulan D'Lloyd terpaksa membatalkan persembahan mereka di Palembang pada 8 Jun, Jakarta (22 Jun), Kuching (4 Julai) dan Cirebon (10 Julai) ini.

Kumpulan D'Lloyd mencipta fenomena yang cukup hebat sekitar tahun 1970-an menerusi lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana dan Cinta Hampa.

D'Lloyd juga merupakan antara pemuzik ternama yang berjaya menyatukan perpaduan rakyat Indonesia dan Malaysia menerusi lagi Semalam Di Malaysia yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat dua negara itu.

Jenazah Allahyarham Sam dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kalibaru Timur V No.67 A, Bungur, Senen, Jakarta Pusat. - MINGGUAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.