saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/06/2012

EGM: Majlis Peguam, Badan Peguam mohon batal saman

KUALA LUMPUR 13 Jun - Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman yang difailkan oleh seorang peguam berhubung mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan 11 Mei lalu.

Permohonan tersebut dikemukakan oleh peguam, Tommy Thomas dan Idza Hajar Ahmad Idzam mewakili defendan di kamar Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Turut hadir peguam, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan Shaharudin Ali yang mewakili Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Shaharudin memberitahu pemberita, kedua-dua defendan memfailkan permohonan itu dengan mendakwa Mohd. Khairul Azam tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan saman.

"Majlis Peguam dan Badan Peguam juga telah memberi alasan (dalam permohonan membatalkan saman) mengapa EGM itu sah di sisi undang-undang. Kami diarahkan untuk memfailkan afidavit jawapan sebelum atau pada 21 Jun," katanya.

Shaharuddin turut memberitahu, Hakim O'hara menetapkan 28 Jun ini untuk pengurusan kes.

Mohd. Khairul Azam menamakan Majlis Peguam sebagai defendan pertama manakala Badan Peguam; presidennya, Lim Chee Wee dan setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan kedua hingga keempat.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd. Khairul Azam, yang menganggotai Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam mendakwa, notis memanggil EGM itu dikeluarkan kurang dari tujuh hari sebelum 11 Mei, selain menyatakan anggota majlis tersebut tidak dimaklumkan dengan sewajarnya.

Beliau mendakwa, Yeow Thong telah mengeluarkan notis EGM pada 4 Mei lalu tanpa menyebut sama ada Majlis Peguam sudah memutuskan dalam mesyuarat mereka sebelum itu untuk mengadakan EGM.

Beliau berkata, usul yang dibincangkan dalam EGM itu melanggar Akta Hasutan 1948 kerana membincangkan perkara yang di luar bidang kuasa undang-undang yang mengawal selia pihak defendan.

Mohd. Khairul Azam mendakwa, anggota-anggota Badan Peguam sudah diprejudis melalui usul berkenaan dan 14,189 anggota majlis diletakkan dalam keadaan skandal menerusi perbincangan secara terbuka serta bidang profesion mereka dicemuh.

EGM tersebut meluluskan usul dengan 939 undi menyokong 16 menentang meminta Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri memohon maaf atas penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan dan wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.