saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/06/2012

Panda ditempatkan di Wetland

Najib Tun Razak menyaksikan Abd. Rasid Samsudin dan Zang Chunlin menandatangani perjanjian bagi meminjamkan sepasang panda kepada Malaysia di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 15 Jun - Kerajaan Malaysia hari ini memeterai perjanjian dengan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) untuk meminjamkan sepasang panda kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasangan panda itu dipinjamkan atas permintaan beliau sendiri dalam pertemuan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa lawatannya ke Nanning, April lepas.

''Saya benar-benar gembira apabila Perdana Menteri Wen memberi respons segera dan bersetuju supaya panda itu dipinjamkan kepada Malaysia.

''Panda, haiwan yang sangat cantik dan disukai bukan sahaja oleh rakyat China tetapi juga seluruh dunia. Kehadiran haiwan itu akan menjadi satu tarikan kepada pengunjung di Malaysia," katanya di sini.

Najib berkata, hubungan Malaysia dan China ketika ini semakin bertambah kukuh kerana republik itu merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, dan juga sumber pelaburan penting pada masa akan datang.

''Saya mahukan satu simbol mengenai hubungan kita yang mana kebanyakan rakyat dapat mengenalinya. Saya tidak boleh memikirkan idea yang lebih besar daripada mempunyai panda di negara ini.

''Saya yakin ia akan menjadi sambutan hangat di Malaysia dan kami akan menjana pendapatan juga dengan kehadiran panda di dalam negara," katanya.

Najib berkata pasangan panda itu akan ditempatkan di Taman Wetland yang akan dilengkapi dengan infrastruktur yang menyamai habitat asal pasangan panda di China.

Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menanggung separuh daripada kos pembinaan kemudahan itu.

''Sebaik sahaja kemudahan itu disediakan, kami akan lakukan apa yang perlu bagi memenuhi keperluan teknikal, kami menanti-nanti untuk menerima panda itu," katanya.

Majlis menandatangani perjanjian antara Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abd. Rasid Samsudin, Ketua Setiausaha CWCA Zang Chunlin dan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) He Guaqiang.

Pasangan panda yang bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu merupakan simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada 2014.

Berdasarkan pengalaman negara jiran seperti Thailand dan Singapura, Malaysia bakal menerima pasangan panda itu dalam tempoh setahun dari tarikh perjanjian dimeterai.

Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataannya berkata, satu pertandingan peringkat nasional diadakan khusus untuk menamakan panda itu, bagi menggalakkan lagi rakyat Malaysia mengenali haiwan berkenaan.

Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di http://nre.gov.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.