saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/06/2012

Peguam buat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam

MOHD. Khairul Azam Abdul Aziz menunjukkan salinan laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Jun - Seorang ahli Majlis Peguam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mempertikaikan pindaan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada April lalu, baru-baru ini.

Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang juga peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam laporannya itu, Mohd. Khairul menyifatkan kenyataan Chee Wee berunsur hasutan iaitu supaya rakyat membenci dan mempersoalkan fatwa negeri Kedah.

"Sebagai seorang peguam saya berpendapat kenyataan beliau cenderung menghasut," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan.

Pada 7 Jun lalu, Majlis Peguam mempertikaikan pindaan terhadap Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, April lalu yang dianggapnya bercanggah dengan Perlembagaan negara.

Chee Wee berkata, klausa baru dalam enakmen tersebut iaitu membolehkan sebarang fatwa yang diputuskan mufti atau Majlis Fatwa negeri tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah adalah tidak mengikut prinsip Perlembagaan.

Mohd. Khairul seterusnya berkata, beliau telah membaca kenyataan Chee Wee yang disiarkan menerusi laman blog www.malaysianbar.org pada 7 Jun lalu.

Beliau kemudiannya menghantar notis supaya Chee Wee memberi penjelasan dalam tempoh tujuh hari untuk menjelaskan pihak mana yang menyuruhnya mengeluarkan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Mohd. Khairul hanya menerima surat jawapan daripada setiausaha Chee Wee yang memaklumkan pandangan beliau dan Majlis Peguam berbeza.

"Agama Islam dan urusannya termasuk soal ibadat serta hukum telah ditetapkan Allah SWT. Mufti membuat fatwa berdasarkan sumber al-Quran dan sunah serta hadis yang sahih.

"Saya bimbang jika tiada tindakan diambil, umat Islam akan berpecah kerana ini jelas menunjukkan cubaan mendemokrasikan fatwa dan ia salah di sisi Perlembagaan serta undang-undang negara," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.