saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/06/2012

Malbat 5 UNIFIL harus utamakan etika

KUCHING 28 Jun - Kontinjen Batalion Malaysia 5 (Malbat 5) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) digesa melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan beretika ketika berada di negara itu.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, perkara itu perlu diberi penekanan kerana pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Lebanon dianggap duta negara.

"Saya menggesa pegawai dan anggota ATM di Lebanon sentiasa menjaga tahap profesionalisme kerana tingkah laku mereka menggambarkan keseluruhan imej pasukan ketenteraan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada pasukan Malbat 5 yang akan menjalani latihan kekuatan integrasi (FIT) di Malbat Village Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga bulan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching, di sini malam tadi.

Pasukan Malbat 5 terdiri daripada lima pegawai dan 68 anggota lain-lain pangkat Rejimen Ke-4 Kor Armour Diraja (4 KAD) akan berlepas ke Lebanon pada Oktober ini.

Mohd. Zaki berkata, pasukan Malbat 5 juga dinasihat mewujudkan suasana ceria dan harmoni dalam kalangan mereka bagi mengelakkan berlaku suasana tegang ketika bertugas.

Katanya, komander, pegawai dan semua peringkat kepimpinan dalam Malbat 5 UNIFIL perlu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan persekitaran kerja sihat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.