saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/07/2012

Panda rapatkan hubungan Malaysia-China

BEIJING 30 Jun - Penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia merupakan tanda persahabatan dari China yang diyakini dapat merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, permintaan kerajaan asing terhadap haiwan yang diiktiraf sebagai khazanah nasional China itu adalah sangat tinggi dan hanya beberapa negara memilikinya.

"Setahu saya, setakat ini hanya beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Thailand dan Britain memiliki beruang panda dari China.

"Kita tahu bahawa rakyat seluruh dunia terutama kanak-kanak amat menyukai beruang panda. Penghantaran haiwan ini ke Malaysia akan merapatkan hubungan rakyat antara dua negara," katanya kepada pemberita dari Asia Tenggara dan Asia Selatan yang melawat Beijing atas jemputan Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (IDCPC), di sini kelmarin.

Malaysia bakal menerima sepasang beruang panda menerusi perjanjian yang bakal ditandatangani dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA).

Mengulas lanjut, Hong Lei berkata, China berbesar hati melaksanakan aspek diplomasi menerusi penghantaran beruang panda yang akan membawa manfaat kepada negara penghantar dan negara penerima. - MINGGUAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.