saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2012

Kerajaan buka tawaran LRA Langat 2

PUTRAJAYA 23 Julai - Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 akan diteruskan dengan tawaran tender dibuka dalam tempoh sebulan lagi bagi memastikan ia dapat dibina secepat mungkin.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Isu-isu Bekalan Air Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat turut memutuskan catuan air secara menyeluruh tidak perlu diadakan sebaliknya menyegerakan pembinaan LRA Langat 2 untuk menampung permintaan bekalan air.

Katanya, walaupun air di empangan Selangor adalah cukup tetapi LRA yang ada telah beroperasi melebihi kapasiti sehingga mengakibatkan gangguan bekalan.

''Pembukaan tawaran bagi memastikan syarikat yang berupaya dapat memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja kita mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri. Projek ini dapat disiapkan dalam tiga tahun enam bulan.

''Projek ini perlu diteruskan dalam apa keadaan pun, projek sepenting LRA Langat 2 tidak boleh ditangguhkan lagi," katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya tindakan Kerajaan Persekutuan sekiranya kerajaan negeri enggan memberi kelulusan pembangunan, Muhyiddin berkata, Jabatan Peguam Negara telah diminta untuk meneliti perkara tersebut dengan kadar paling segera.

''Kita telah meminta Peguam Negara untuk menyemak dari segi undang-undang tanah dan Perlembagaan Negara, mesyuarat berkenaan perkara ini akan diadakan pada petang ini," katanya.

Mengenai cadangan catuan air, Muhyiddin berkata, walaupun catuan air menyeluruh tidak perlu diadakan pada masa ini, tetapi masalah bekalan air telah berlaku di sesetengah tempat yang dikategorikan sebagai kawasan merah.

Beliau berkata, Syabas perlu mewujudkan pelan kontigensi untuk mengelakkan gangguan air yang mungkin bertambah tenat di sesetengah kawasan.

''Keadaan air terawat di Selangor telah sampai tahap optimum dan lebih kapasiti, ada loji yang bekerja 24 jam dan kita takut akan berlaku masalah selepas ini.

''Saya diberitahu bahawa situasi telah sampai ke tahap kritikal di mana pada bulan tertentu, baki air tinggal 1.8 peratus sahaja. Keadaan ini adalah cukup membimbangkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.