DALAM NEGERI
ARKIB : 31/07/2012
Maklumat veteran ATM dalam 1 pangkalan data
KLUANG 30 Julai - Maklumat lengkap mengenai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka dapat dikumpulkan dalam satu pangkalan data menjelang hujung tahun ini bagi menjamin kebajikan golongan itu.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, sistem itu dapat memberi maklumat lebih tepat mengenai golongan terbabit termasuk berapa ramai yang tidak berpencen dan berada di bawah paras kemiskinan.
Menurutnya, sistem itu akan menghubungkan data daripada pelbagai sumber termasuk Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
"Sebelum ini, data daripada sistem JHEV, JRP dan Perhebat tidak dihubungkan. Bagaimanapun, sekarang kita dalam proses menggunakan satu sistem yang boleh menyatukan semua sumber.
"Ini penting kerana jika tiada maklumat, isu dan masalah yang tepat, macam mana kita hendak bagi 'ubat' yang betul. Macam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sekarang kerajaan sudah tahu berapa keluarga yang pendapatannya di bawah RM3,000 supaya mudah disalurkan bantuan," katanya selepas majlis berbuka puasa di Kem Mahkota, di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday yang turut menyampaikan sumbangan kepada 50 veteran ATM, balu dan anak yatim.
Abdul Latiff berkata, pelaksanaan sistem pangkalan data itu juga sejajar dengan Akta Veteran yang apabila dikuatkuasakan kelak, mewajibkan golongan itu mendaftar dengan JHEV.
Beliau berkata, golongan veteran ATM kini mendaftar di bawah beberapa persatuan yang sesetengahnya tidak mewajibkan pendaftaran dengan JHEV, malah, ada juga yang langsung tidak menjadi ahli.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












