DALAM NEGERI
ARKIB : 01/08/2012
AES kesan pemandu laju 12 Ogos

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju akan mula dilaksanakan di seluruh negara 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES kini dalam proses percubaan dan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri nanti, sistem tersebut akan digunakan sepenuhnya sebagai langkah penguatkuasaan.
Jelasnya, AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bukan sahaja bagi mengesan pemandu laju, tetapi juga bagi mengesan pemandu yang melanggar lampu isyarat.
"Sebanyak 831 kamera akan dipasang bagi memantau keadaan trafik dengan 566 dipasang bagi tujuan mengesan pemanduan laju dan 265 kamera dipasang di lampu-lampu isyarat bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat merah.
"Kamera ini dipasang di 831 lokasi kemalangan maut di sepanjang lebuh raya, jalan negeri dan Persekutuan yang telah dikenal pasti," katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-14 2012 di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, di sini hari ini.
Jelasnya, AES merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem penguatkuasaan secara manual.
Menurutnya, kira-kira 24,000 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak mampu menjalankan penguatkuasaan terhadap lebih 22 juta kenderaan yang terdapat di negara ini ketika ini.
Dalam pada itu, menurut Abdul Rahim, 60 peratus daripada kadar kemalangan maut pada tahun lalu adalah melibatkan penunggang motosikal.
"Sebanyak 6,877 kematian jalan raya dicatatkan pada tahun lepas dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari dengan 11 daripadanya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya.
Malah, jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 2,779 kematian dicatatkan melibatkan golongan itu.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












