saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/08/2012

Genovasi cipta kekayaan

Najib Tun Razak bersama rakan kongsi antarabangsa Genovasi (dari kiri) Datuk Jimmy Choo, Joseph Lentsch, Dr. Timm Krohn, Dugie Cameron, Dr. Jerome Glenn, Salim Ismail dan Kamal Jit Singh (kanan) selepas mengumumkan pelancaran Genovasi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) iaitu inisiatif baru kerajaan bagi membangunkan kemahiran inovasi di kalangan belia tempatan yang membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif itu selaras dengan kepentingan kemahiran inovasi sebagai strategi berkesan untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran dunia yang diistilahkan sebagai VUCA iaitu tidak stabil, tidak pasti, rumit dan tidak jelas.

Beliau berkata, semua negara terkemuka di dunia telah menggunakan inovasi untuk mencapai peningkatan yang besar dalam membangunkan kemajuan mereka.

Katanya, Genovasi yang akan dilancarkan sebagai satu entiti tahun depan sekali gus memperlihatkan usaha kerajaan membangunkan belia menjadi Duta Inovasi Negara yang memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan dan memperbaiki negara.

"Kita menyasarkan sekurang-kurangnya seramai 5,000 Duta Inovasi Negara dapat dihasilkan dalam tempoh lima tahun akan datang melalui inisiatif itu," katanya ketika berucap melancarkan inisiatif Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas (Unik), Datuk Dr. Kamal Jit Singh.

Genovasi akan bekerjasama dengan pemimpin inovasi global untuk menyampaikan tentang inovasi, kemahiran, kepakaran dan metodologi kepada Duta Inovasi itu.

Tiga laluan disediakan iaitu masyarakat (projek pusat untuk memberi manfaat kepada rakyat), ekonomi (projek menjana kekayaan gelombang baru) dan projek peningkatan kerajaan bagi membantu penyampaian perkhidmatan.

Menurut Najib, Unik diberi mandat untuk memantapkan penubuhan Genovasi, satu inisiatif pertama seumpamanya di ASEAN, bagi mencipta dan menghasilkan Duta Inovasi Negara yang akan ditaja oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Katanya, mereka akan dilantik oleh AIM untuk memula dan melaksanakan projek menerusi tiga laluan tersebut.

"Genovasi akan dilancarkan pada awal tahun depan sebagai satu entiti dan saya harap ia diberikan status universiti dalam masa lima tahun," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dan menghargai bahawa belia tidak lagi mahu menjadi penonton pasif dan ingin terlibat secara aktif dalam membangunkan negara yang bakal mereka warisi.

"Inisiatif itu akan memberi jalan kepada mereka untuk bersatu dengan negara, memberikan semangat serta komitmen bagi membina Malaysia.

"Lagipun, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meninggalkan asas yang kukuh dan kuat untuk belia membina masa depan kelak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.